“Masuk ikut bonet ke?” Kereta Bersusun Rapat Di Kawasan ‘Parking’ Ini Buat Netizen Kagum!

Bila sebut bab parking ni, kalau boleh kita nak cari kotak parking yang luas dek kerana tak nak kereta calar sebab bergesel antara satu sama lain. Nak keluar daripada kereta pun mudah lagi-lagi orang perempuan yang sememangnya banyak barang yang dipikul.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana keadaan kereta di sebuah kawasan parking ini yang bersusun begitu rapat dengan satu sama lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rammyisyak, dapat kita lihat kereta yang diparking sangat rapat malah jarak antara satu sama lain hanya beberapa inchi sahaja sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen bagaimana mereka parking dengan begitu tersusun.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga harian bagaimana pemilik kereta ingin membuka pintu kereta. Kalau dilihatkan pada jarak tersebut, agak mustahil untuk membuka pintu kereta dan masuk seperti biasa.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bingung melihat situasi tersebut malah ada yang memaklumkan bahawa merupakan valet parking yang dilakukan untuk pelanggan yang berada di kawasan tersebut.

Ada juga yang mengatakan mereka memasukkan kereta ke kotak parking dengan menolak kenderaan tersebut malah tidak menarik brek tangan sewaktu parking bagi memudahkan ia ditolak semula untuk keluar.

Bukan itu sahaja, ada juga di ruangan komen yang sempat berseloroh bertanyakan adakah pemilik kenderaan tersebut keluar mengikut bonet depan.

Antara komen warga maya:

“Nak keluar dia akan tolak kereta baru masuk dan start sebab handbrake tak ditarik. Sekian.”

“Dorang masuk ikut bonet depan ke?”


“Semua kereta macam nak gaduh ni.”

“Ni kalau kereta aku pastu tercalar depa buat memang habis lah.”

Video yang tular di laman TikTok:

@rammyisyak we have this in Malaysia?#malaysiatiktok ♬ som original – D O M I N G O S