“Malas nak tengok..” Bakal Muncul Dalam Filem Askar, Hairul Azreen Undang Persoalan Ramai

Terdahulu, seorang pelakon terkenal Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen bin Idris sering dilihat membawakan watak badan beruniform dalam filem-filem tanah air seperti Paskal, Polis Evo 2, Qhaliq, Operasi X dan Abang Long Fadil 3.

Namun pelakon ini mula menjadi perhatian ramai sewaktu filem PASKAL pada tahun 2018. Bermula daripada situ, dia turut menerima pelbagai tawaran dalam filem Wira, The Assistant dan lain-lain lagi.

Pun begitu, baru-baru ini pelancaran filem MALBATT: Misi Bakara yang diarahkan oleh Adrian Teh juga telah menampilkan Hairul Azreen. Filem ini juga berdasarkan dari kisah benar dan bakal ditayangkan pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun hadapan.

Bukan itu sahaja pelakon-pelakon lain yang turut terlibat adalah Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi.

Menerusi perkongsian pengulas filem @zhafvlog di laman Twitter ini, dia memuat naik satu ciapan berkenaan filem Bakara tersebut. Walau bagaimanapun, ciapan tersebut telah menerima pelbagai reaksi oleh warganet.

Ada yang teruja untuk menonton malah segelintir daripada mereka berasa hairan dengan pemilihan anak Perdana Menteri ke-6, Dafi Ismail Sabri kerana tidak memenuhi kriteria sebagai seorang ‘askar’.

 



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan pemilihan Hairul Azreen dalam filem MALBATT: Misi Bakara. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan bukan kerana dengki tetapi kerana jalan cerita mengenai tema ‘perjuangan’ ini sering dilakonkan oleh pelakon berkenaan.

Antara komen warganet:

Perkongsian yang tular di laman Twitter: