Masak Sendiri Untuk Golongan Asnaf, Pengasas Produk Aleeya Zailan Raih Pujian Netizen

Walaupun namanya mungkin tidak se’gah’ usahawan tempatan lain yang sudah popular, pengasas produk Avenys, Aleeya Zailan ini semakin dikenali ramai kerana sering melakukan ‘live’ memasak dan berkongsi video menghiburkan lebih-lebih lagi mengenai anak-anaknya di laman TikTok.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Aleeya Zailan telah mencuri tumpuan netizen apabila sanggup menyediakan hidangan istimewa untuk diberikan kepada asnaf sempena Maulidur Rasul dengan hasil air tangannya sendiri.

Menerusi perkongsian di laman Facebook ini, memaparkan Aleeya dan suaminya serta beberapa individu yang lain sedang memasak 340kg sotong untuk didermakan dengan pelbagai menu kepada 340 asnaf dan jemaah di Masjid As Syakirin.

Antaranya sambal sotong, gulai sardin, sambal sardin, gulai daging dan juga sayur.

Selain daripada itu, usahawan ini juga sempat berkongsi rakaman di laman TikTok ketika berada di Masjid As Syakirin untuk mendermakan makanan kepada golongan asnaf, jemaah dan peserta perarakan maulud nabi.


Malah dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh pengikutnya-pengikutnya. Aleeya juga mengatakan hadiah yang diterima oleh mereka telah didermakan balik kepada yang lebih memerlukan supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

“terima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini..mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala…semoga berkat rezeki kite semua ya..” tulisnya di ruangan kaspyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap ‘humble’ dan prihatin Aleeya Zailan dan suaminya yang tidak pernah menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial. Malah mereka juga mendoakan agar pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki.

Antara komen warga maya:

“masha’Allah sayang..cantik sungguh bertudung…semoga sentiasa dimewahkan rezeki aleeya dan big boss..”

“sekarang i faham kenapa mak i suka sangat guna produk Avenys…”

“salah satu orang kaya jenis tak riak tabur-tabur duit & canang 1 dunia dia kaya…”

“assalamualaikum aleeya, bb n team avenys… bagus lah aleeya n bb masak tuk asnaf-asnaf…”

“berkat sangat buat mommy big boss and team semua yang nak bagi rezeki..”


Perkongsian yang tular di laman Facebook dan TikTok:

@aleeyazailanavenysterima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah