Kongsi Foto Bercuti Atas ‘Cruise’, Penampilan Bertudung Intan Ladyana Curi Perhatian Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular dan cantik Intan Ladyana ini? Namanya mula dikenali ramai dalam dunia hiburan menerusi drama Puteri di saluran TV3.

Selain daripada itu, Intan juga banyak membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang, I’m Not Single dan V3: Samseng Jalanan.

Iospital phone repair gombak

Meskipun jarang muncul di kaca televisyen sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang ibu, isteri kepada penyanyi Harris Alif ini masih lagi aktif di platform media sosial untuk berkongsikan kehidupan harian mereka sekeluarga untuk tatapan peminat.


Baru-baru ini, Haris Alif telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram miliknya yang memaparkan gambar percutian bersama isteri dan anak perempuannya di Resorts World Cruises.

Menerusi hantaran tersebut, menunjukkan foto mereka di sebuah kapal persiaran bersama puteri sulung, Evie Khadeeja.

Dalam pada masa yang sama, penampilan Intan Ladyana telah menarik perhatian netizen apabila dia kelihatan sangat manis dan ayu menutup aurat serta mengenakan hijab berwarna kelabu itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan kata-kata postif serta memuji penampilan Intan yang cantik bertudung. Malah ramai juga mendoakan agar isteri kepada Haris Alif ini akan terus istiqamah untuk menutup aurat dan sentiasa berkekalan hingga ke jannah.

Antara komen warga maya:

“masya’Allah cumilnya bini awok…moga berterusan dan kekal bahagia till jannah…aamin..”


“cantiknya intan…semoga istiqamah…peringantan untuk diri sendiri juga…beautiful family..”

“cantiknya intan pakai tudung…semoga kekal bahagia hendaknya…”

“semoga kak intan istiqomah…awak sangat cantik bertudung…”

“masya’Allah keluarga bahagia…semoga dilindungi Allah..amin…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Sekadar info, Intan Ladyana juga mendapat tumpuan ramai apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara terkenal Harris Alif yang 17 tahun lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, Intan Ladyana dan Harris Alif telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Evie Khadeeja tanggal 31 Januari 2022.