Marah Anak Jadi Beradab, Ibu Siap Rendahkan Pekerja Restoran Fast Food “Letak je atas meja nanti orang kutip. Nak jadi pekerja KFC Ke”

Selain menyediakan makanan yang cukup, tempat tinggal yang selesa dan pakaian yang elok, sebagai ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Seperti yang kita tahu, adab dan perilaku yang baik penting dalam proses membesarkan anak-anak agar mereka menjadi orang yang disenangi ramai.

Ibu bapa mana yang tak mahu melihat anaknya baik dan beradab kan? Tipulah kalau cakap tak nak.

Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini apabila melarang anak mereka untuk membersihkan sampah yang ada di atas meja makan.

Menurut gadis yang melihat situasi tersebut, keluarga itu sedang menjamu selera di sebuah restoran makan segera terkenal di negara ini iaitu KFC.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja si anak ingin membuang tisu ke tong sampah, dia dilarang ibunya. Malah si ibu siap sempat merendah-rendahkan pekerja KFC!

Tweet yang tular di laman Twitter

Tweet yang dibuat oleh @zyraroxx secara tidak langsung telah mengundang baran ramai. Rupa-rupanya ramai juga yang pernah mengalami situasi yang sama di mana ibu bapa tidak menggalakkan atau memberi sokongan terhadap perkara baik yang ingin dilakukan anak-anak mereka.

Berikut antara reaksi yang diberikan oleh netizen di laman Twitter susulan dengan isu yang berlaku.