“Mana adil macam ni.” Sweet Qismina Persoal PM Muhyiddin Pergi ke Indonesia

Penularan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini menyebabkan hampir seluruh negara menutup pintu sempadan dan melarang rakyat ke luar negara.

Malah setiap negara mengenakan kawalan yang ketat terhadap mereka yang memasuki negara masing-masing untuk menyekat penularan wabak berkenaan dari luar.

Sweet Qismina persoal tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hadiri lawatan kerja

Sementara itu, pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapat menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya.

Menerusi ciapan tersebut pelakon ini mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia sejak semalam.

Mana adil, PM boleh keluar negara tapi rakyat biasa dilarang

Beliau yang lebih mesra disapa Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyatakan bahawa lawatan Muhyiddin adalah satu perkara yang tidak wajar.

Ini kerana ia berlaku terutamanya sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat berbuat demikian.

Abangnya dilarang ke luar negara untuk bertemu isterinya

Jelas pelakon berusia 24 tahun itu, abangnya adalah antara individu yang paling terkesan dengan larangan ke luar negara selepas setahun tidak pulang ke Indonesia untuk bertemu isterinya.

“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin”.

Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja

“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya di Twitter, semalam.

Sweet yang merupakan salah seorang pelakon drama Bidadari Salju itu menyifatkan tindakan Perdana Menteri berkenaan adalah tidak adil,

Ujarnya, pemimpin itu boleh keluar negara sedangkan rakyat biasa, iaitu abangnya tidak dibenarkan berjumpa isteri walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi-Netizen

Sehubungan dengan itu, ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizan dan rata-rata mereka tidak bersetuju kenyataan yang dikongsi pelakon tersebut.

Malah mereka turut berpendapat bahawa pelakon itu sepatutnya berurusan dengan kedutaan mengenai perkara yang melibatkan abangnya itu.

Difahamkan, Muhyiddin mengadakan lawatan kerja dua hari ke negara itu setelah menerima jemputan daripada Presiden Joko Widodo.

Ia merupakan lawatan pertama sejak beliau diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu.