“Mama tak kuat tgk kakak macam ni” Nangis Sampai Tak Keluar Suara, Kakak Rindu Adik Dalam Kubur

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Seperti kisah yang tular menceritakan tentang pemergian anak kepada seorang wanita cekal yang lagi mesra disapa Murni Nasuha.

Mengimbas kembali, anak keduanya itu kembali ke pangkuan Ilahi oleh kerana masalah pelbagai komplikasi jantung.

Tidak dapat dinafikan, antara yang paling terkesan dengan pemergian bayi Mohamad Affan adalah puteri sulung nya kerana difahamkan dia merupakan orang yang paling teruja menunggu kelahiran adiknya malah dia juga rajin bercakap dengan Affan sejak dalam rahim lagi.

Terbaru, mereka sekeluarga dikatakan datang menziarahi pusara Affan setelah sebulan pemergiannya namun apa yang mengundang sebak ramai adalah reaksi kakaknya yang menyentuh tanah kubur seolah-olah sedang membelai adiknya itu.

Tidak mahu pulang ke rumah tanpa adik

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh ibunya @afraeryna18, kelihatan anak sulungnya itu bertanyakan kepada ibu dan ayahnya mengapa merea tidak membawa adiknya pulang ke rumah bersama namun wanita ini memahamkan anaknya itu bahawa adiknya telah tiada.

Bukan itu sahaja, dia juga merajuk kerana tidak mahu pulang tanpa adiknya sehinggakan dia tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan

Video yang tular di laman TikTok:

@afraeryna18Balas kepada @nuraqilah2090♬ bunyi asal – murni

@afraeryna18##alfatihah ##wildansyurga ##mohamadAffan ##061121 ##komplikasiJantung ##0619ptgLahir ##0740mlmMeninggal♬ bunyi asal – LEHAYAYA

@afraeryna18RINDU ANAK SYURGA MAMA. ##alfatihah ##wildansyurga ##mohamadAffan ##komplikasiJantung ##061121 ##Hanyarindu ##kakakrinduadik♬ bunyi asal – murni

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 553.8K tontonan, 56.2K tanda suka, 1299 komen, 826 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat si cilik ini yang teramat rindu akan adinya yang sudah pergi buat selama-lamanya.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berharap agar satu hari nanti dia akan faham bahawa adiknya sedang menunggunya di taman syurga.

Berikut merupakan komen daripada warga maya: