Malaysia Ketika Ini Bagaikan ‘Harimau Separuh Nyawa’

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya kerajaan baharu boleh menetapkan asas pemulihan ekonomi negara dalam tempoh dua tahun dan seterusnya membuka laluan untuk mengembalikan kegemilangannya sebagaimana sebelum ini, semasa ia mendapat gelaran “Harimau Asia”.

Beliau berkata, proses pemulihan sedang berjalan dengan baik dalam negara ketika ini dan ekonomi negara pastinya akan pulih nanti.

“Pemulihan penuh mungkin mengambil masa bertahu-tahun lamanya, tapi saya harap dalam tempoh setahun atau dua tahun kita boleh tetapkan asas pemulihan buat Malaysia,” katanya semasa berucap di sesi dialog bersama komuniti Malaysia di sini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia ketika ini bagaikan ‘harimau separuh nyawa”, namun beliau tetap optimis satu hari nanti ia akan kembali mencapai kegemilangan sebagaimana sebelum ini.

Tun Mahathir percaya kepada barisan menteri yang baharu dilantik, walaupun ada kalangan mereka tidak pernah menjadi anggota pentadbiran kerajaan dan sesetengahnya mengaku bagaikan berada dalam keadaan “gayat”