Dikecam Tali Barut & Penunggang Agama, Ustazah Asma’ Sebak Menangis Dalam Live

Siapa yang tidak kenal dengan Ustazah Asma’ Harun ini? Beliau merupakan seorang pendakwah yang terkenal sering menyampaikan ilmu agamanya di platform media sosial seperti Facebook, Youtube dan juga TikTok malah dia juga sering muncul di stesen-stesen TV.

Pasti para ibu dan suri rumah ‘familiar’  dengan Ustazah Asma kerana ceramahnya yang sering berkait-rapat dengan wanita.

Walaupun mempunyai lantunan suara yang lembut dan tegas, ramai yang kagum dengan pendakwah ini. Pun begitu, baru-baru ini sewaktu Ustazah Asma’ membuat secara live di TikTok dia telah dikecam hebat oleh warganet tanpa sebab yang munasabah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wawayangmanis1601hijab ini dia meluahkan rasa sedih dan sebak apabila dilemparkan pelbagai kata-kata yang negatif hanya gara-gara sekeping gambar bersama orang kenaman atau VIP.

“Gambar tersebut diambil ketika saya menyampaikan satu majlis ilmu kemudian anak Datuk Seri Zahid Hamidi pun datang..perkenalkan diri saya pun tak kenal.. kata ustazah nak ambil gambar lalu kami pun mengambil gambar.. dan beliau mungkin share di akaun sosial media…”

“Sampai hari ini, saya dikata tali barut, penjual agama, penunggang agama, hipokrit, lepastu dimaki hamun dengan segala jenis binatang. Apa yang kalian buat sebenarnya?” katanya.


Di dalam video tersebut, Ustazah Asma juga mengatakan videonya bersama Ifa Raziah yang tular sebelum ini dikatakan ‘drama’, ‘hipokrit’ oleh segelintir pihak namun kelihatan beliau cuba menahan tangisan, mengawal emosi dan suaranya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Ustazah Asma’ Harun sentiasa kuat dalam menyampaikan ilmu agama dan berdakwah.Bukan itu sahaja, ada yang memberikan kata-kata semangat kerana dilihat ramai yang sayang akan beliau.

Antara komen warga net:

“Harap ustazah tidak kalah dengan segala fitnah yang dilemparkan. Semoga Ustazah sentiasa dalam perlindunganNya”


“Ada golongan yg nk jatuhkan semua ulama. Bukan di Malaysia sahaja tapi semua negara tapi pelik kenapa org percaya? sbb dia ada kuasa utk buat kita”

“Wallahi!Benar, saya pernah hadir majlis ustzah.Ustazah mmg tunggu org nk bergambar dgn dia, dan santuni jemaah tak kira siapa.Lembut dan humble je.”

“teruskan perjuangan ustazah..semoga ustazah sentiasa dalam rahmat Allah..kami syg ustazah..”

“sabar je lah ustazah…ustazah kena kuat demi menegakkan agama..teruskan ustazah…itu salah satu dugaan”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@wawaygmanis1601hijab Jgnla kita terpedaya dgn hasutan Fitnah#IniZamanFitnah#SemogaAllahLindungiKitaSemua #SayangUstazah#fyp ♬ original sound – wawaygmanis1601

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 350.2k tontonan, 23.3k tanda suka, 1502 komen, 1961 simpanan, 1025 perkongsian di laman TikTok.