“Makin dikecam, makin murah rezeki” Sanggup Beratur Panjang Walau Hujan Lebat Demi Rasa Nasi Arab Cef Ammar

Dari awal ramadhan sehingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan kisah Cef Ammar. Ada sahaja kontroversi yang menjadi bualan ramai.

Isu paling ‘famous’ adalah tentang nasi arab yang dijual oleh Cef Ammar yang dikatakan mahal.

Dapat juga kita lihat, pelbagai kecaman yang diterima oleh Chef Ammar sehinggakan ada yang membawa masuk isu perkauman dan sebagainya.

Pun begitu, Cef Ammar tampil menjelaskan mengapa harga makanannya itu mahal kerana dia menggunakan barangan yang berkualiti malah siap membuktikan perkara tersebut kepada orang ramai.

Terbaru, tular sebuah video dimana pelanggan yang membeli nasi arabnya perlu beratur panjang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok iaitu @adnanaladin88 & @mnmuhammadfaridz, kelihatan ramai orang yang beratur dan ada yang datang daripada jam 3 untuk membeli nasi arab chef Ammar.

Dapat juga kita lihat mereka beratur dalam keadaan hujan lebat dan difahamkan Nasi arab tersebut sudah pun habis terjual pada pukul 4 petang.

Bila tengok di ruangan komen, ramai yang memuji maskan Cef Ammar yang bukan sahaja berkualiti malah sedap jadi tidak hairanlah jika ramai yang sanggup datang daripada jauh dan beratur walaupun perlu basah kuyup dalam hujan demi merasa air tangan Chef Ammaf.

Video yang tular di laman TikTok:

@mnmuhammadfaridz #chefammar ♬ original sound – Muhammad FariDz My78

@adnanaladin88 Dalam hujan lebat aku beratur kooo. …#chefammar #lambshank #masukberanda ♬ Yang Penting Halal – Wali

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 51.3K tanda suka, 4742 komen dan 1786 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan perniagaan Cef Ammar, walaupun dikecam bertubi-tubi , pintu rezekinya tetap terbuka luas.

Dalam masa yang sama, bagi yang tidak pernah merasa air tangan Chef Ammar menyifatkan bahawa pasti Nasi Arab yang dijual sangat sedap sehingga ramai yang sanggup beratur.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Makin kne kecam cheff makin murah rezekinya .tanda nya masakan dia sedap penuh dgn zikir tu,”

“Alhamdulillah…mungkin rezeki si penjual tu…walau dlm keadaan hujan..rezekinya mencurah2 seperti air hujan…rezeki Allah hantar dgn berbagai cara”