Makan Nasi Putih Hanya Berlaukkan Telur & Air Kosong, 80 Pelajar Tahfiz Mohon Bantuan

Seramai 80 pelajar tahfiz di sebuah sekolah pondok daif di Bukit Gedombak, Pasir Puteh Kelantan hanya menikmati nasi putih berlauk telur goreng dan air kosong sahaja sebagai menu hidangan mereka.

Jika tiada lauk pauk sumbangan orang ramai atau pihak pengurusan tidak mampu membelinya, hanya menu itu sahaja lah yang terpaksa dihidangkan kepada mereka, lapor Sinar Harian.

Kesusahan yang dihadapi oleh pelajar pusat tahfiz berusia 8 hingga 20 tahun itu menyentuh perasaan walaupun menu itu tidak selalu dijadikan hidangan.

Menurut seorang pelajar yang dikenali sebagai Hakimi Fakrulrazi, 10, berkata, selama belajar di situ dia pernah makan nasi bersama telur goreng berkuah air putih.

Disebabkan tiada lauk lain atau pihak pengurusan tidak mampu menyediakan hidangan lain, Hakim bagaimanapun tidak mengambil kisah jika lauk itu dihidangkan sebagai juadah mereka .

Apa yang lebih menyayat hati, pelajar juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dengan katil patah berlapik batu

ruangan mengaji mereka juga tidak begitu sempurna kerana ianya hanya menggunakan meja usang diperbuat daripada papan lapis dan kayu sahaja .

Mereka menganggap bahawa kesusahan yang dihadapi oleh mereka merupakan satu ujian buat mereka terus kuat untuk mempelajari ilmu agama dan bergelar tahfiz.

Salah seorang yang baru sahaja belajar hampir dua minggu di pusat tahfiz itu, Muhammad Hamzah Mohd Zubaidi, 13  menyatakan perasaan gembiranya erada di pondok tersebut kerana mahu mencapai impian menjadi seorang penghafaz al-Quran.

“Saya seronok belajar di sini dan mahu mendalami al-Quran,” katanya.

Sementara itu, mudir pondok terbabit, Zakir Zakaria berkata, pihaknya menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM10,000 setahun namun masih belum mencukupi.

Bagi belanja makanan sehari , mereka memerlukan sekurang kurangnya RM3000 sebulan.

Kadang kadang terdapat beras dan lauk didermakan oleh orang ramai dan juga orang korperat.

Menurut mudir pondok tersebut , beliau sanggup menerima pelajar tanpa mengenakan sebarang bayaran demi mendalami al-Quran dan mahu melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran.

“Kita kenakan yuran bulanan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung belanja anak-anak di sini tetapi ramai yang tidak mampu dan miskin. Kami tetap terima mereka,” katanya.

Beiau juga mengajar pelajar dewasa untuk memasak mengikut giliran dan setakat ini mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Pondok berkenaan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu di atas tanah wakaf dan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ramai.

Orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2594) menerusi Bank Islam.

Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik ini untuk meneruskan pembelajaran di sekolah ini.