“Makan apa masa baby?” Suara Merdu Budak Penjual Buah di Sabah Dipuji Ramai, Kakak-Kakak Pun Ramai Minat Sebab Handsome!

Negeri Sabah memang terkenal dengan rakyatnya yang pandai menyanyi. Rata-rata orang di sana mempunyai suara yang merdu.

Iospital phone repair gombak

Jadi tak hairanlah kalau kebanyakan juara pertandingan rancangan realiti rata-ratanya berasal dari negeri tersebut!

Persis rakaman yang tular beberapa hari lepas apabila seorang budak lelaki menyanyikan salah sebuah lagu popular di TikTok, menerima pujian ramai.

Budak lelaki berloghat Sabah yang mengenakan baju merah dan celana hitam itu diminta untuk melantunkan sebuah lagu oleh beberapa orang gadis di situ.

Dia kelihatan segan pada mulanya. Malah sempat meminum air terdahulu sebelum menyanyi.

Tak lama selepas itu, budak lelaki berkenaan menunjukkan bakatnya. Lebih mengujakan, dia selamba ‘menarik’ suaranya seolah-olah penyanyi profesional!

Di akhir video tersebut, kelihatan gadis yang merakamnya tadi terpukau serta ikut menyanyi. Bahkan dia dan rakan-rakan sempat memberikan mini love kepada budak itu tanda suka.

Demikian yang dikongsikan oleh @norezzatiumaira di TikTok, turut dikatakan seorang penjual buah di Sandakan, Sabah.

Walaupun rakaman itu baru dimuat naik beberapa hari lepas, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 3.2 juta manakala meraih sebanyak 338.7 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terpegun mendengar alunan lagu yang dinyanyikan serta memuji rupa paras kacak budak lelaki tersebut.

Dalam pada itu, suara lunaknya dipuji dan netizen turut berharap agar bakat yang dia ada, dapat membanggakan negeri Sabah.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Orang Sabah makan apa masa baby? No serious question. Dahla muka lawa lawa suara sedap sedap”

“mau hairan tpi ini sabah ehm”


“org sabah diberi kelebihan suara sedap sedap semua.. hampir 90% dorang semua boleh menyanyi”

“Banyak akak2 terpikat dgn kau dek😂”

“semoga berjaya dek. biar bangga satu sandakan 🥰 ”

Video yang tular di laman TikTok

@norezzatiumaira #fyp #sandakan#music #fypsabah ♬ bunyi asal – Nor Ezzati Umaira