Connect with us

Viral

“Mak saya racer” Mak Cik Selamba Bawa Kereta Drift Siap Pusing Corner Buat Netizen Teruja

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang ibu kepada dua orang remaja lelaki ini masih mempunyai ‘jiwa kelajuan’ dalam dirinya.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ramai yang terkejut melihat gaya ibunya yang seolah-olah seorang pemandu drift malah dia juga sempat ‘rem’ kereta dengan menekan pedal minyak dan mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat seakan-akan ingin berlumba.

Meninjau sebuah lagi video lain, dapat kita lihat ibunya juga merupakan seorang yang ‘pantang dicabar’ bahkan lihatlah gayanya yang memandu motor seperti anak-anak muda masa kini dengan santai memakai kain batik.


“semalam ada budak ex5 usha (tengok) mak aku pasti siap willie pon bukan lama, pastu mak aku cakap kalau nak jalan game roger-roger lah” katanya.

Terbaru, makcik ini sekali lagi viral di TikTok dimana makcik tersebut selamba memandu kereta seperti anak muda telah mencuri tumpuan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang anaknya iaitu @danialipahh, kelihatan dua beranak sedang menunggu giliran untuk menyeberang ke jalan raya. Anaknya dilihat sedang menunggang motosikal, manakala ibunya pula memandu kereta berjenama Honda.



Namun apa yang membuatkan ramai terkedu adalah ibunya itu dilihat memandu dan membuat pusingan di jalan raya tetapi disebabkan enjin kereta itu menggunakan VTEC, kedengaran suara kereta itu kuat seolah-olah seperti orang tengah drift. Pusingan yang dibuat juga sangat sempurna sehingga menampakkan ibunya itu seorang pemandu yang handal.

“Mak, jangan bawa laju-laju, bahaya!”, kata anaknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara makcik tersebut membawa kereta malah sempat berseloroh mengatakan ramai dari kalangan ibu yang cukup takut jika bawa kereta dengan laju.

“Mak mak ni kalau sorang sorang kemain laju dia, sampai kena speedtrap la. Kalau dengan kita bising dengar satu Perlis suruh slow” – Netizen

Antara komen warga maya:

“Kemain makcik vtec”

“Ni makcik yang dalam senario drift tu ke”

“Uish kalah gue”


Video yang tular di laman TikTok:

@danialipahh pov:mak kau penat balik kanjo #ibu #fyp #honda ♬ bunyi asal – Danial – Mak rock&Danial

@danialipahh Membalas kepada @i PERINGATAN‼️ bangsa2 H tolong inform lokasi mak saya,sebab saya boring kene tinggal #ibu #fyp #honda ♬ dawet jembot ireng –

@danialipahh Membalas kepada @Beojkkoch ♬ Evolusi KL Drift 2 (Lagu Tema Filem) – Syamsul Yusof & James Baum & Moots & Zali

Advertisement

Copyright © 2022 YOY.MY Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)