“Hebat permainan dia” Tiru Aksi Ibu Acah2 Main Phone Sambil Dodoi Adik Bikin Netizen Geli Hati

Anak-anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang bakal mencorakkannya.

Iospital phone repair gombak

Ibu bapa ini selalu dijadikan sebagai contoh dan ‘role model’ kepada anak-anak supaya mereka mudah mempelajari dan mengikuti apa yang ibu bapa mereka lakukan.

Bukan itu sahaja, aksi-aksi orang dewasa juga kebiasaannya mudah ditiru dan diikuti oleh mereka sehinggakan mereka terlihat lucu berbuat demikian.

Sama seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak yang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rabiatulazhr_ yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut, dapat dilihat bahawa anaknya itu sedang mendodoikan adiknya yang sedang tidur di dalam buaian.

Jika kita lihat video itu sekali lalu, tiada apa pun yang aneh.

Akan tetapi apabila dilihat dengan teliti, sebenarnya anak lelakinya itu sedang mendodoikan adiknya sambil menggayakan perbuatan seperti sedang ‘scroll’ skrin telefon bimbit.

Hal itu dipercayai dilakukan kerana dia sering melihat ibunya berbuat demikian dan meniru perbuatan tersebut.

Apa yang lucunya, gayanya itu dilihat seakan memerli ibunya yang sering menggunakan telefon bimbit ketika mendodoikan adiknya.

“Cara-cara ibu menjaga anak, dia ‘tiru’ mama dia,” tulis ibunya itu di dalam kapsyen video berkenaan.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 376.2K tontonan, 29.5K tanda suka, dan 1082 komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat telatah anak kecil itu dan berseloroh mengenainya.

Antara komen netizen:

“😂😂 byk yg terasa ni dik😂”

“children see children do hahahaha correct sangat niiii 😂.. anak saya pun dah pandai ikut. yang x elok pun ikut sekali🥺”


“jgn ngajor yg bukan² kat adik ye 🤣🤣”

“Mcm tu je dia nganjing mama dia😂😂😂”

“kids see kids do.mcm time dorg gaduh adik bradik ibu/abah ckp “jgnla gaduh2”.bl ibu abah sj btekak hal2 silly kdg tu dorg ulang blk “jgnla gaduh2″😂😂”

Video TikTok yang tular:

@rabiatulazhr_ cara² ibu menjga anak 😂 dia nganjing kuat ya mama dia 😂😂😂#fyppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #pandaiabangjagaadik ♬ Milk Tea – Official Sound Studio