“Mak oi, boleh beli tanah,” Lelaki Ini Dedah Yuran Sekolah Anak Nora Danish Buat Netizen Terkejut

Selebriti popular Nora Danish, semalam telah berkongsi berita di mana anak lelakinya iaitu Rayqal yang kini berusia 12 tahun telah menyambung pelajarannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Menerusi video yang dimuatnaik, Nora Danish kelihatan gagal menahan air mata ketika menghantar anak sulungnya itu ke sekolah swasta berasrama penuh berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Perkongsian Nora itu telah menarik perhatian ramai netizen, malah ada yang menyiasat kos persekolahan anaknya itu.

Di dalam satu posting di laman Facebook, Mufarwa Farid mendedahkan yuran persekolahan yang dikenakan bagi setiap pelajar di Kolej Tuanku Ja’afar.

Pada awalnya Mufarwa menyangkakan anak lelaki Nora Danish telah menyambung pelajaran di SM Sains Tuanku Jaafar iaitu satu sekolah berasama penuh yang terkenal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan tetapi tanggapannya salah.

“Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar. Isteri aku tanya kat mana sekolah tu? Aku mula-mula fikir, oh, di SM Sains Tuanku Jaafar ke?

“Aku pun konfiden jawab, kolej tu di Kuala Pilah. Sekolah tu memang SBP yang terkenal dan budak-budak dia power.

“Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Hasil cariannya di Internet, Mufarwa mendakwa yuran tahunan persekolahan Kolej Tuanku Ja’afar agak tinggi iaitu mencecah puluhan ribu ringgit bagi pelajar peringkat sekolah rendah manakala kos bagi peringkat menengah pula cecah RM100k.

“Huh? Aku pun cepat-cepat Google. La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi.

“23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu, rezeki anak-anak masuk sekolah tu.

“Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali!”

Difahamkan, yuran pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar peringkat sekolah rendah adalah berjumlah RM3,350 dan RM5,350 bagi sekolah menengah.

Sementara yuran tahunan adalah berbeza-beza mengikut peringkat akademik seseorang pelajar.

Bagi pelajar darjah 1 dan 2, yuran tahunan adalah RM30,360, bagi darjah 3 dan 4 berjumlah RM34,320 setahun manakala yuran tahunan pelajar darjah 5 dan 6 menelan kos RM39,690.

Keseluruhan jumlah tersebut tidak termasuk yuran ‘after school care’, jam 3.45p hingga 5.00pm dimana bayaran yang dikenakan adalah RM12,000 setahun.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, bayaran deposit adalah RM25,000. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, yuran tahunan yang perlu dibayar adalah RM87,000 setahun iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menetap di asrama yang hanya membayar RM59,700 setahun.

Sementara itu, yuran bagi pelajar tingkatan enam pula adalah RM89,400 setahun.

“Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang.

“Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni.

“Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini.

“Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu.

“Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak.”

Rata-rata netizen teruja dengan perkongsian tersebut dan memberikan pelbagai pandangan mengenai sekolah tersebut.

Malah ada juga yang mengatakan tujuan orang-orang berada menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahal tersebut sebenarnya adalah satu pelaburan jangka masa panjang.

“Kadang-kadang orang kaya hantar anak ke sekolah sedemikian bukan hanya untuk anak belajar sahaja, tapi untuk mereka (ibu bapa dan anak) dapatkan connection juga.” koman salah seorang netizen.