Connect with us

Viral

“Mak hantar CCTV” Terpaksa Bawa Anak Masa Lepak, Komen Netizen Bikin Dekah!

Orang lelaki baik bujang mahu pun yang sudah berkahwin selalu meluangkan masa bersama kawan-kawan lepak di kedai makan sehingga lewat malam

Aktiviti tersebut kononnya merupakan cara mereka untuk menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja kerana dapat berborak dengan kawan-kawan.

Jadi terpaksalah isteri mengambil alih tugas menjaga anak di rumah, kalau seorang anak tak apa lagi, macam mana kalau 3,4 atau 5 orang atau lebih? nak pula semua masih kecil, memang boleh ‘naik hantu’ para isteri.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang suami ini mengambil ‘langkah selamat’ ketika ingin pergi melepak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seroang pengguna TikTok iaitu @zashdee, kelihtan mereka sedang berada di sebuah kedai makan yang tidak dikenal pasti dimana lokasinya.

Pun begitu, apa yang melucukan adalah dua orang lelaki terpaksa membawa anak masing-masing ketika melepak gara-gara tak mahu mendengar bebelan si isteri.


Daat kita lihat si perakam juga meluahkan isi hatinya dimana rakannya itu hanya melayan anaknnya sahaja dan tidak melayan dirinya yang sedang berborak.

“kau lepak bawa anak..orang nak borak dengan kau pun tak boleh la.. anak tinggal lah rumah..layan anak je..aku borak dengan kau kau taknak layan” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@zashdee lepak bawak anak ✅ #fyp ♬ original sound – Zashdee

Ketika artikel ini ditulis, vide tersebut telah meraih 321.9K tontonan, 31.2K tanda suka, 979 komen dan 1103 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji tindakan para isteri yang bijak dengan meminta suaminya untuk membawa anak sekali ketika lepak bersama rakan-rakan.

Anak-anak bukan sahaja jujur ‘report’ segala benda bahkan si ibu juga tak perlu bersusah payah menjaga anak di rumah yang sememangnya anak ini mempunyai pelbagai ragam masing-masing.

Antara komen warga maya:

“hati para suami , bahasa kena jaga . sat lagi balik ank report mak habis ayahnya”

“bagus lah macam ni.. bapa yang bertanggungjawab.. Alhamdulillah suami sis pun macam ni ingat lelaki lepas akad nikah tanggungjawab besar”


“mak hantar CCTV”

“bawa anak biar balik awal..”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)