Betul Mak Ayah Mampu, Tapi Tak Salah Kan Ajar Anak Hidup Susah dan Sederhana

Minggu hadapan sekolah akan dibuka semula. Ibu bapa pasti sedang sibuk membeli kelengkapan baru untuk anak-anak ke sekolah.

Kalau kita lihat hari ini terdapat banyak pilihan untuk peralatan sekolah, dari harga belasan hinggalah ratusan ringgit.

Mari kita ikuti perkongsian guru ini, Puan Noraniza Abd Rahim mengenai pandangan beliau dalam me’mewah’kan anak-anak.

____________

Trend orang sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat utk anak kita.

Contoh kita bagi anak kita bawa bekas pensil Smigle yang mahal tu ke sekolah, dalam satu sekolah mungkin anak kita seorang je ada beg smigle, bekas pensil smigle.

Lepas tu anak kita pulak mesti la bagitau kat kawan-kawan dia, jenama smigle tu tak jual kat kedai DIY atau kedai ECO RM2, hanya terdapat di KLCC dan beberapa kedai terpilih sahaja.

Sedar tak kita dah mengundang rasa cemburu kawan-kawan kepada anak kita.

Mungkin kita boleh kata

“aku mampu apa salahnya”.

Anak kita pun mungkin kata

“mak abah aku mampu mewahkan aku apa salahnya”.

Betul, memang tak salah. 

Yang salahnya ialah bukan semua budak dibawah umur 12 tahun mampu hilangkan perasaan cemburu, keinginan memiliki dan faham akan erti tak mampu.

Dan lebih salah lagi bila budak2 ini bertindak diluar batasan dengan menyorokkan, mencuri atau merosakkan. 

Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis-nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.

Cikgu nak taknak terpaksa jalankan siasatan, untuk kesan pelaku.

Guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah tiba2 dah seperti ketua polis negara.

Bayangkan semasa kes siasatan, banyak hati anak2 akan terguris, banyak hati mak abah yg luka. 

“Anak aku baik, kenapa cikgu tuduh anak aku. Aku tak pernah ajar anak aku mencuri”.

Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat. Saya tulis ni sekadar nk bagi tahu kepada semua.

Mungkin perkara tersebut kecil sahaja, tetapi ianya boleh mengundang perkara-perkara yg lebih besar. 

Sayangi anak kita, jangan biarkan keselamatan dan emosinya tercalar. Belajar hidup susah dan sederhana tu bukan pembelajaran yang salah.

Bahkan ramai orang-orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang asalnya susah.