Main Suap2 Guna Duit Syiling, Telatah Si Ayah & Anak Perempuannya Ini Undang Sebak Netizen

Kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anaknya tidak akan luntur hingga ke hujung nyawa mereka.

Iospital phone repair gombak

Lebih-lebih lagi kasih seorang ayah walaupun dirinya kelihatan seperti seorang yang sangat tegas, namun begitu si ayahlah yang sering cuba sehabis boleh untuk memberikan apa-apa sahaj yang diinginkan oleh anak-anaknya.

Sebagai contoh, membawa anak keluar makan bersama.

Seperti yang kita tahu, jarang si ayah mengucapkan perkatan ‘ayah sayang kamu’ kepada anak-anaknya akan tetapi rasa sayang itu ditonjolkan dengan cara yang berbeza.

Sama seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini, yang memperlihatkan seorang ayah sedang menyuap anak perempuannya dengan mainan syiling di restoran makanan segera McDonalds.

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok @user7900850575428 ataupun dengan namanya Yulia, perkongsian itu dibuat olehnya sewaktu dia sedang menjamah makanan di restoran itu dan kisah antara dua beranak itu berlaku di hadapannya sehingga membuatkan hatinya tersentuh.

Detik ayah bersama anaknya itu sangat mahal dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Hal ini disebabkan bukan semua orang berduit mampu memiliki saat-saat indah seperti keluarga kecil itu.

Kekayaan yang tiada tandingan itu sebenarnya datang dari gelak tawa saat indah mereka bersama-sama.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sebak dan terharu melihat aksi ayah yang menggunakan duit syiling bermain suap-suap dengan anak perempuannya itu.

Bukan itu sahaja, ada warganet yang berkongsikan pengalaman mereka bersama dengan ayah mereka dan ada juga yang rindu akan ayah mereka yang sudah dijemput menghadap Ilahi.

Antara komen netizen:

“benda simple je…tapi tak semua dapat rasa kan ? 🙃”

“this hurts me to the core knowing i grew up with no father figure. my heart is longing for this kind of fatherly love. sigh.”


“i still remember when i was her little girl and he taught me to spin the coin ☹️”

“me and dad use to do this when he was alive :(((”

Video TikTok yang tular:

@user7900850575428

🥹

♬ scott street – favsoundds