“Kau hisap pod ke?” Reaksi Remaja Disoal Siasat Ibu Bapa Raih Tawa, Rupanya Ada Plot Twist!

Komunikasi yang baik sangat penting di dalam sebuah kekeluargaan bagi melahirkan suasana yang harmoni bahkan ianya juga membuatkan anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak dimarahi bapanya dek kerana mengihisap pod di dalam bilik mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @raihanaroslan1, dapat kita lihat seorang pemuda menjawab satu persatu soalan yang diajukan oleh kedua ibu bapanya tentang pod.

Suasana tersebut menjadi meriah kerana gelagat adik beradik yang lain gemar untuk mengusik antara satu sama lain.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya ada ‘plot twist’! Sebenarnya si bapa pun turut sama berkomplot menghisap pod secara senyap-senyap. Pendedahan tersebut turut ditambah dengan bebelan daripada si ibu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan cara gurauan keluarga ini malah ada yang berseloroh mengatakan jika ibu marahkan anak, lebih baik ayah jangan masuk campur kerana kemungkinan besar akan turut dimarah.

“Dua kali lima je bapa dengan anak” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui tumpang gembira melihat keharmonian dalam keluarga tersebut kerana ada juga segelintir daripada mereka kurang berkomunikasi sesama ahli keluarga atas faktor tertentu.

Antara komen warga maya:

“Rezeki sangat2 dapat rasa harmony in the family…”

“Sebab tu orang cakap kalau mak tengah ngamuk dekat adik beradik lain, kita jangan duduk situ nanti kena juga”


“Suami marah anak, isteri marah suami juga hahaha.. seronok tengok family macam ni”

“Hahahaha dengan bapak2 sekali kena.. depan isteri je dia garang garang”

“Best dapat family macam ni.. tak tegas sangat sampai anak rasa takut atau tak selesa duduk dekat rumah”

“Baju putih tu diam je sebab takut kena juga”

“Dia gula gula kan je mak ayah dia, kotak rokom untuk koleksi”


Video yang tular di laman TikTok:

@raihanaroslan1ada je akal budak ni

♬ original sound – Raihana Roslan – raihana roslan