Mahu Kagumkan Pengunjung Dengan Pesembahan ‘Bahaya’, Penjaga Zoo Putus Jari Ketika Belai Singa Buat Netizen Seram

Macam yang kita tahu, singa memang sifatnya aggresif dan boleh menyerang manusia malah ada juga yang ‘hilang nyawa’ gara-gara diserang singa.

Walaupun ada yang memelihara haiwan liar seperti singa dan membesarkannya namun ianya bukanlah satu jaminan untuk haiwan tersebut tidak menyerang kerana dia tetap mempunyai ‘naluri liar’

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang juga merupakan seorang penjaga zoo di Zoo St Elizabeth Jamaica kehilangan jari manis kanannya selepas memasukkan tangan ke dalam sangkar untuk membelai seekor singa mencuri perhatian ramai.

Pada awalnya dia dilihat mengagah haiwan tersebut, dia juga dilihat bersungguh-sungguh ingin membuatkan ramai orang teruja dengan persembahannya. Lelki ini juga turut menjerit kepada singa tersebut dan singa itu mengaum beberapa kali.

Namun malangnya, jari lelaki ini digigit oleh singa tersebut semasa ingin membelainya. Susulan perkara itu, penjaga zoo berkenaan menjerit dengan kuat bergelut selama beberapa saat cuba melepaskan gigitan singa itu.

Memetik laporan Tuko.co.ke, seramai 15 orang saksi berada di tempat kejadian menyaksikan insiden itu berlaku. Mangsa terus berlari ke kenderaannya untuk mendapatkan rawatan awal sebelum disahkan jari manisnya tidak dapat diselamatkan

“Apabila ia berlaku, saya fikir ia adalah gurauan. Saya tidak fikir ia serius. Saya tidak menyedari keseriusannya, kerana tugas mereka untuk membuat persembahan.”

“Namun jelas sekali, apabila dia jatuh ke tanah semua orang menyedari bahawa ia adalah serius. Semua orang mula panik.”

“Seluruhan kulit dan urat sendi jarinya telah hilang. Saya melarikan diri kerana saya tidak suka melihat darah dan ia terlalu ngeri untuk saya,” kata salah seorang pengunjung.

Video yang tular

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat perkara tersebut kerana menyangka pada awalnya ianya hanya sekadar gimiks namun siapa sangka lelaki tersebut telah pun kehilangan jarinya.

Berikut merupakan komen warga maya:

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Jamaica, Pamela Lawson berkata dia akan meneliti kejadian itu. Beliau akan berkomunikasi dengan Agensi Alam Sekitar dan Perancangan Kebangsaan yang mempunyai pengawasan terhadap Zoo Jamaica.