“Macam swimming pool..” Wanita Kongsi Rumahnya Tenggelam Dek Banjir, Tapi Warna Airnya Pula Raih Perhatian Ramai!

Pada setiap penghujung tahun, musim tengkujuh iaitu musim peralihan monsun akan terjadi di Malaysia. Susulan itu, beberapa negeri dan kawasan tertentu akan terkena impak banjir ekoran lambakan air hujan yang begitu tinggi.

Iospital phone repair gombak

Rumah yang terkesan dengan air banjir ini kebiasaannya akan mengakami kesukaran dalam aktiviti pembersihan setelah selesai banjir.

Hal ini demikian kerana air banjir ini bukannya air jernih semata-mata malah dicampuri sekali dengan pelbagai kotoran, kumbahan dan juga lumpur degil pada permukaaan dinding serta lantai yang mengakibatkan kerja-kerja pembersihan sukar untuk dilakukan.

Namun begitu, lain pula yang berlaku pada sebuah rumah milik keluarga ini!

Berdasarkan video yang dimuat naik olehnya menggunakan akaun TikTok @cikraa_eyrazara, wanita itu berkongsikan mengenai keadaan rumahnya yang ditenggelami banjir di paras atas buku lali.

Apa yang menarik perhatian orang ramai ialah air banjir yang membanjiri rumahnya itu sangat jernih seolah-olah mereka berada di dalam kolam.

Hal ini disebabkan air banjir lazimnya berwarna seperti ‘teh ais’ kerana dicampuri air kotor dan lumpur.

Turut dikongsikan juga video mengenai bagaimana air banjir itu dipamkan keluar sehingga ianya menjadi jernih.

Apabila disoal mengenai di mana boleh mereka cari pam tersebut, wanita itu hanya menjawab pam itu dibuat sendiri oleh suaminya dengan menggunakan pam akuarium dan pam air rumah sahaja.

“Cik abe bijok sendiri je, wireman tukar jd plumber musim banjir” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen berasa kagum melihat betapa jernihnya air banjir yang memasuki rumah wanita tersebut dan menyatakan bahawa air banjir itu kelihatan seperti ‘swimming pool’ lebih-lebih lagi apabila lantainya turut mempunyai corak seperti yang digunakan oleh beberapa kolam renang.

Antara komen netizen:

“jernih nya air mcm swimming pool”

“tiles pn mmng mcam utk swimming pools pnya yah.. best je banjir cemni”

“Aq ingat kolam tadi sbb lantai jernih pastu lantai mcm style kolam ”

Video TikTok yang tular:

@cikraa_eyrazara Selepas 5 jam hujan tak berhenti juga #hujan2022 #banjir2022 #banjirkelantan ♬ bunyi asal aizul Mohammed – F

@cikraa_eyrazara Replying to @ cik abe bijok sendiri je, wireman tukar jd plumber musim banjir #fyp #banjir #hujan2022 #banjir2022 #banjirairbersih #airbersihbanjir #takunganhujan ♬ suara asli – ⚡