Ibu Bapa ‘Pergi’ Sebulan Lalu Akibat Kemalangan, Anak Sangka Masih Keluar Bekerja

Kehilangan kedua ibu bapa pada usia yang sangat kecil bukanlah satu perkara yang mudah malah mereka terpaksa membesar tanpa kasih insan tersayang.
Iospital phone repair gombak
Bukan itu sahaja, tanggungjawab ahli keluarga untuk menjelaskan hal sebenar kepada si kecil juga merupakan satu cabaran dan dugaan yang harus ditempuh.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan dari Felda Lok Heng Selatan masih belum tahu ibu bapanya telahpun meninggal dunia sebulan lalu akibat kemalangan.

Memetik laporan Kosmo, kedua mereka yang dikenali sebagai allahyarham Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.

Difahamkan, kenderaan Perodua Alza yang dipandu bertembung dengan trak pikap jenis Toyota Hilux sewaktu dalam perjalanan pulang dari membuang undi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut nenek mangsa, Absah Abdullah, 61, cucu tercinta sehingga kini menanggap ibu dan ayahnya keluar bekerja memandangkan arwah menantunya, Muhammad Izwan Mansor mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.


“Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.”

“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.”

“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” ujar neneknya.