“Macam ikan bilis..” Order Nasi Goreng Sotong, Tapi Yang Dapat Saiz ‘Gergasi’ Betul Buat Orang Ramai Berdekah

Nasi goreng merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan orang ramai bahkan bukan sahaja di Malaysia, malah di negara lain sekalipun.

Iospital phone repair gombak

Antara menu nasi goreng yang popular ialah nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng cili padi dan nasi goreng ikan masin.

Terdapat juga satu menu nasi goreng yang popular terutamanya bagi mereka yang meminati makanan laut, iaitu nasi goreng sotong.

Walau bagaimanapun semenjak kos sara hidup semakin meningkat tahun demi tahun, harga sotong juga dikatakan semakin meningkat.

Ekoran itu, ada peniaga yang menggunakan sotong ring frozen ataupun sotong mini bagi menggantikan lauk tersebut sehingga mampu menyebabkan para pelanggan berasa tidak puas hati.

Sama seperti isu yang tular baru-baru ini yang mengisahkan seorang lelaki ke kedai makan yang berhampiran dan telah memesan sepinggan nasi goreng sotong di situ.

Dengan rasa teruja tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut, dia terus mencapai garfu dan sudu untuk menjamahnya.

Akan tetapi sebelum dia makan makanan tersebut, tiba-tiba dia tersedar ada sesuatu yang pelik di dalam nasi goreng itu.

Puas dicari sotong yang telah dipesan bersama nasi gorengnya itu rupa-rupanya sotong mini pula yang digunakan!

Menerusi video yang dimuat naik oleh @050591nick itu, kelihatan saiz sotong itu teramat kecil dan lebih kecil berbanding dengan saiz ikan bilis.

Walaupun sebenarnya dia berasa agak kecewa, akan tetapi dia turut terhibur apabila ditimpa situasi sedemikian.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video yang tular ini telah mencecah sebanyak 69.5K tontonan, 1986 tanda suka, dan 220 komen di laman TikTok tersebut.

Menjengah di ruangan komen, warganet juga meluahkan bahawa mereka berasa terhibur melihat sotong ‘gergasi’ itu.

Antara komen netizen:

“nasi goreng sotong lps beranak..”

“Aku boleh mkn 50 ekor sotong sekali suap🤣🤣”


“kesian…xsmpat mak ayah diorg isi nma 😂”

“kesiannya,,,xsanggup nk MKN besar sangat😂😂😂”

“kena pakai kanta pembesar baru nampak😂😂”

Video TikTok yang tular:

@050591nick #sudu besar ke sotong yang kecik😂#for My Pages #for your Pages. #viraltiktok ♬ Bukan Kaleng Kaleng – Yolanda Jarly