“Burger terbaik pernah saya makan” Youtuber Dari UK Akui Kelazatan Burger Ramly

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan untuk golongan yang suka makan lewat malam. Semakin lewat malam, semakin ramai pula membanjiri gerai makan.

Iospital phone repair gombak

Boleh dikatakan ramai suka makan burger apabila lapar tengah malam kerana ia sedap dan mudah didapati.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang Vlogger yang berasal daripada UK telah melawat ke Malaysia untuk bercuti dan merasa makanan-makanan tempatan yang ada di Malaysia.

Vlogger yang bernama Heli tersebut telah mencuba salah satu burger terbaik yang pernah dihasilkan oleh tamadun manusia iaitu burger Ramly.

Pada awalnya dia menginap di salah sebuah hotel berdekatan dengan sebuah stall Ramly Burger dan setelah dia datang, ada beberapa pelanggan yang sudah beratur, dan menunggu pesanan mereka selama kira-kira 40 minit.

Difahamkan, dia menempah burger daging yang disertakan dengan keju, mayonis, sos berbeku dan perasa lain yang berharga RM10.

Kelihatan beliau teruja pada suapan pertama, “Daging lembu, sangat berair. Sosnya, manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka, kawan.”

Uishhh kalau macam ni min pun terliur, tapi nak cari mana burger ramly tengah hari rembang ni kan hahahahaa

Meninjau di ruangan komen, orang ramai mengalukan kedatangannya ke Malaysia dan memberikan cadangan mengenai burger lain yang menarik untuk dipesan.

Ada juga individu yang dipercayai warganegara luar menyatakan bahawa dia tidak sempat merasai burger Ramly di Malaysia tetapi akan mencubanya jika ke sini semula suatu hari nanti.

Antara komen netizen:

“if you are planning to eat Burger Ramly again … suggest you order Burger Kahwin (Beef + Chicken) Special Cheese 😋 … kahwin is the Malay word for marriage … have fun”

“Wow what a Yummy Malaysian Burger, although i haven’t try that Ramly Burger, i wish i can try to eat it at least once, when i have a time to Visit Malaysia 🇲🇾.”


“Nice sir🤝♥️ very thank you for your compliment about malaysia people and our country ..Welcome again to our Beloved country 🇲🇾.. i love you sir♥️🥳”

Video yang tular: