Tidak semua orang di atas muka bumi ini dilahirkan sempurna namunpun begitu kita semua adalah serupa disisi Pencipta kita.

Bagaimana pun, walaupun terlahir tidak seperti orang lain akan tetapi ianya tidak mematahkan semangat lelaki ini untuk membanting tulang mencari sumber pandapatan yang halal.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @afiqnazri, kelihatan seorang wanita merakamkan situasi dimana seorang lelaki hanya bergantung kepada alat sokongan untuk berjalan susulan kaki kirinya yang kelihatan lumpuh.


Dapat kita lihat, dia juga menggalas sebuah bag yang dipenuhi dengan pen untuk di jual di traffic light demi meraih pendapatan halal.


“tadi berhenti di traffic light, nampak uncle ni. Dayah terus terdiam dan rasa macam ‘Ya Allah susahnya uncle nak jalan, dia nak lintas bahayanya’..”

“Tertanya apa yang banyak-banyak dekat bag uncle tu, uncle tu nak pergi mana, rupanya uncle jual pen. MasyaAllah dengan keadaan yang begitu, masih berusaha keras mencari rezeki halal..”

Dayah juga bertindak untuk memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mendekati lelaki tersebut dan bertanya lebih lanjut.

“Dayah terus bagi signal berhenti tepi, dan nak tanya tentang jualan Uncle dan tanya keadaan kaki.. Uncle kata kaki dia kena penyakit Polio (a diasabling and life-threatening disease caused by the poliovirus)”

Dayah juga kelihatan menyumbang sedikit duit namun tidak mahu membeli pen tersebut kerana ingin lelaki tersebut menjualkan kepada orang lain.

“Dayah taknak pun beli pen tu.. biarlah Uncle jual dekat orang lain.. dan uncle tu terus doakan.. Uncle luar biasa..”

“Semoga kita semua mendapat inspirasi dari Uncle yang tidak putus asa mencari rezeki yang halal. Semoga kita sentiasa bersyukur dan sentiasa berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan”

Video yang tular di laman TikTok:

@afiqnazri_ Kita rasa kita susah? Ada lagi yang lagi susah dari kita. Video dari Dayah Bakar #fyp ♬ original sound – Afiq Iqbal

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan lelaki tersebut namun masih gigih mencari rezeki halal.

Antara komen warga maya:

“camne laa aku boleh seronok kalau ada orang lagi susah hidupnya dari aku”


“usia dia tu, orang normal macam kita pun belum mampu boleh buat”

“Kami pnh tlg llki nie tp 2thun yg lpas…husband sy ade bg duit kat dia sikit,mase tu allah runtuh hati kami..husband park moto kat tepi jln,trus nangis”