Luahan Wanita Lumpuh Sedih Kudrat Tak Dihargai, Pelanggan Selalu Ghaib Bila COD

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itu merupakan gambaran mengenai kisah seorang wanita yang masih gigih mengerah kudrat demi kelangsungan hidup.

Walaupun hadapi penyakit masih semangat bekerja

Kisah wanita yang menghadapi penyakit kronik ini tetap bersemangat dengan melakukan pelbagai jualan dalam talian termasuk perkhidmatan penghantaran barang (COD).

Walaubagaimanapun, menurut Nur Su’aidah Mohd Jaafar kadang kala kecewa dengan kerenah dari pelanggan.

Kecewa dengan kerenah pelangga yang tidak munculkan diri

Berkongsi pengalamannya, ada pelanggan yang tidak munculkan diri setelah dia tiba di lokasi COD di sekitar Kemaman, Terengganu

Menerusi laman Facebook, Nur Su’aidah atau lebih dikenali dengan panggilan Su berkongsi pengalaman sedihnya demi mencari rezeki yang halal.

Dia juga memohon agar pelanggan sentiasa ‘alert’ apatah lagi sekiranya dia memandu dari jauh semata-mata ingin menghantar jualan tersebut.

Su nak mudahkan urusan anda, anda mudahkan urusan Su juga 

“Duhai sahabat yang ada niat nak membeli barang Su niaga tak kira la apa pun mohon alert dan respon segera bila Su cod”.

“Kalau ada yang pakai no lain selain no whatsap tolong bagitahu segera. Order tu hantar location beserta no rumah siap2. Supaya mudah untuk Su”.

Su tak sekuat yang disangka

“Su nak mudahkan urusan anda dapat barang di tangan jadi Su mohon sangat-sangat anda mudahkan jugak urusan Su”.

“Kalau nak cancel pun bagitahu dengan jelas ye Su tak marah. Kudrat Su tak kuat dan Kadang hati nie rapuh sangat-sangat. Airmata laju je mengalir”.

Tunggu sejam dan akhirnya balik dengan kecewa

“Su jugak tak sekuat yang disangka. Bila Su keluar pergi cod dah dekat nak sampai rumah col dan whatsap tak ada respon hanya Allah yang tahu”.

“Kalau jauh sikit penat tu terus terasa bila anda buat Su macam tu. Hari nie dua tempat Su pergi untuk cod. Tunggu sampai hampir sejam dan last-last balik dengan kecewa”.

Mujur anak jadi penyejuk hati

“Ada yang dah sampai depan rumah tadi cakap boleh tak cancel kaksu. Allahuakbar terus tersedu kat hati”.

“Pergi dengan anak, mujur anak jadi penyejuk hati. Anak la pujuk mama jangan nangis tak dok rezeki la tu. Nanti ada rezeki lain. Budak yang umur 7 tahun tu pun pandai”.

Tenunglah wajah letih ini

“Tak pe la su hanya nak luah je. Tak nak baca scroll laju2. Jadi kalau ada sahabat yang niat nak membeli dengan su dan COD tu ingat la wajah nie yang cod dan kudrat tak seperti anda yang normal”

“Tenung la wajah letih nie dan ingat ye pesanan su. Su tak salahkan pada anda ye yang order tu. Tak pe la anggap tiada rezeki”. 

Menerusi beberapa posting di Facebook, suaminya pula Zulkiffle Yunus mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja termasuk memotong rumput dan mengecat rumah.

Semoga mereka sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.