LRT Hang Tuah Sesak Dibanjiri Penumpang, Troopers Rapid KL Tampil Membantu!

Kemudahan pengangkutan awam merupakan salah satu keperluan yang amat penting buat masyarakat terutamanya yang menetap di kawasan bandar.

Iospital phone repair gombak

Tanpa adanya kemudahan ini, pelbagai rutin atau aktiviti harian terpaksa ditangguhkan lalu membuatkan orang ramai turut mengalami kesukaran untuk mencapai ke destinasi masing-masing.

Terbaru, difahamkan keadaan di stesen LRT Hang Tuah kini penuh dengan para penumpang pengangkutan awam sehinggakan laluan menjadi sesak.

Hal ini disebabkan telah dilaporkan sebelum ini landasan menuju ke LRT Sri Petaling mengalami kerosakan yang menyebabkan penumpang harus menukar beberapa laluan sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Bagaimanapun, keadaan masih lagi terkawal walaupun penumpang membanjiri stesen LRT Hang Tuah.

Hal ini demikian kerana petugas Rapid KL atau digelar sebagai ‘Troopers’ sedia membantu dalam memudahkan pergerakan orang ramai di situ.

Papan tanda turut digunakan oleh mereka sebagai arahan bagi melancarkan perjalanan penumpang supaya mereka dapat ke platform masing-masing.

Hantaran itu telah dimuat naik oleh pihak Rapid KL menerusi akaun Facebook rasmi mereka.

“Suasana di LRT Hang Tuah sekarang agak padat kerana penumpang mula membanjiri stesen.

“Tetapi petugas kami (Troopers) sentiasa bersedia untuk membantu anda di stesen,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Beberapa gambar Troopers menjalankan tanggungjawab mereka turut disertakan dalam hantaran yang sama.


Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, hantaran berkenaan telah berjaya meraih sebanyak 1.5K tanda suka, 220 komen dan 103 perkongsian.

Apabila menjengah di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa berterima kasih kepada petugas Troopers dan pihak Rapid KL kerana mencuba sehabis baik mereka dalam melancarkan perjalanan para penumpang.

Selain itu, ada juga individu yang mengharapkan agar pendekatan itu dilakukan dengan kerap agar kesesakan penumpang di stesen-stesen pengangkutan awam dapat dikawal dalam jangka masa yang panjang.

Antara komen netizen:

“Ya sgt padat..kakitangan rapid kl & polis bantuan sgt membantu dalam melancarkan Dan memudahkan perjalanan penumpang..terbaik..terima kasih.semoga keadaan cepat kembali pulih seperti biasa..”

“terbaik petugas Rapid KL…sy hampir tersesat td naik tren,mujur ade staff petugas yg tolong tunjuk arah…”

Hantaran yang dimuat naik oleh Rapid KL: