Cuma Guna 2 Bahan! Lelaki Kongsi Cara Tanggal Roadtax Tanpa Kesan Gam Melekat Pada Cermin

Bagi setiap pemilik kenderaan, roadtax ataupun cukai jalan adalah wajib untuk diambil supaya kenderaan dapat dipandu secara sah di atas jalan raya.

Iospital phone repair gombak

Roadtax kereta yang ditampal di sisi kiri cermin hadapan kereta ini diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Jika kenderaan anda mempunyai roadtax, barulah ianya boleh dipandu secara sah di atas jalan raya dan tidak dikenakan tindakan penalti.

Bagaimanapun, telah diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di mana pemilik kenderaan di negara ini tidak wajib untuk menampal roadtax pada cermin kereta.

Pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Seperti yang kita sedia tahu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana dikatakan tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama.

Manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan. Susulan berita itu, pastinya membuatkan ramai yang terfikir untuk menanggalkannya daripada kenderaan.

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk menanggalkan roadtax lama, malah sudah dikongsi oleh Khairil Afif di saluran YouTube miliknya.

Cuma dua bahan yang diperlukan iaitu kain dan air panas.

Langkah pertama ialah, celup kain tadi dengan air panas yang telah disediakan.

Langkah kedua pula, ambil kain yang dicelup dengan air panas tadi kemudian sapukan atau tekap ke atas roadtax dari sebelah luar cermin kenderaan.

Tekap kain tadi lebih kurang dalam tempoh seminit. Langkah itu dibuat bertujuan mencairkan gam roadtax tersebut.

Seterusnya, anda boleh mula tanggalkan roadtax tadi dengan perlahan. Dengan cara ini anda boleh tanggalkan roadtax tadi dengan mudah tanpa kesan gam.

Sekarang anda boleh tanggalkan roadtax kenderaan dengan kemas tanpa risau ia akan meninggalkan kesan gam yang teruk.

Video yang tular di YouTube