“Lip sync eh?” Buat Persembahan Di Kaca Tv, Nyanyian Sweet Qismina Jadi Tanda Tanya

Pelakon menukar bidang menjadi seorang penyanyi bukanlah satu perkara baharu dalam industri seni tanah air. Ada juga segelintir pelakon yang berjaya meraih sokongan dari orang ramai.

Bahkan, ada yang dikecam dengan nyanyian mereka. Bak kata pepatah “belum cuba belum tahu”. Oleh sebab itu, pelakon ini juga mencuba nasibnya dalam bidang nyanyian dan mengeluarkan single lagu.

Dulu, pelakon kanak-kanak ini mendapat perhatian menerusi watak lakonannya sebagai Fasha dalam siri televisyen Hikayat Putera Shazlan, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina binti Supandi ini merupakan pemenang Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016. Sweet Qismina juga bukanlah pendatang baharu dalam industri hiburan.

Baru-baru ini, Sweet Qismina turut menceburi bidang nyanyian dengan melancarkan sebuah single pertama yang berjudul Namo. Rata-rata peminatnya juga tidak menyangka bahwa Sweet bakal melebarkan kerjayanya untuk menjadi penyanyi.

Siapa yang tidak tahu, lagu Namo yang dilancarkan pada 22 Julai lalu itu membawa maksud tidak mahu atau menolak sesuatu perkara.

 

Baru-baru ini, Sweet Qismina berpeluang untuk menyanyi di beberapa rancangan di kaca TV dan kemunculannya di rancangan MHI mencuri tumpuan ramai apabila video tersebut telah dikongsikan di laman YouTube.

Di dalam video tersebut, penampilan Sweet yang memakai busana warna biru dan hitam itu cukup menarik perhatian dengan elemen menarinya. Pun begitu, tarian yang dipersembahkan juga tertumpu kepada suara pelakon tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik nyanyian Sweet Qismina kerana kalau ingin menjadi penyanyi sepatutnya dia mencuba untuk melakukan persembahan secara ‘live’.

Bukan itu sahaja, ada yang tertanya-tanya sama ada nyanyian Sweet Qismina itu sebenarnya dilakukan secara ‘live’ ataupun hanya miming.

Antara komen warga netizen di laman Youtube:

“Qismina better berlakon je..Hentikan impian sebagai penyanyi jika tak cuba untuk nyanyi live..”


“Nampak sangat lah, orang Malaysia tak pekak lagi kalau bab live okay”

“Orang nyanyi sibuk nak jugak jadi penyanyi, hambik kau lipsyncing je lah senang kan..Hahaha”

“Gaya cam popular je…berlakon je lah”

Video yang dikongsikan di laman Youtube: