Lihat Tempat Menarik Di Kemboja Wajib Dilawati.

Proses pembinaan semula dan pemuliharaan Kemboja kini sudah berjalan dan peningkatan bilangan pelancong yang datang untuk menikmati keistimewaan Kemboja semakin meningkat saban tahun.

Kuil-kuil yang menakjubkan seperti Angkor adalah tarikan yang amat jelas sekali bagi para pelancong, namun negara ini memiliki banyak lagi untuk ditawarkan seperti pantai tropika, bangunan-bangunan kolonial dan juga tarikan-tarikan semula jadi yang lain.

Berikut adalah Tempat Menarik Di Kemboja yang wajib dilawati:

1. Banteay Srei

Meskipun ia secara rasminya adalah sebahagian daripada kompleks Angkor, Bantaey Srei terletak 25 km (15 batu) di bahagian utara-timur kumpulan utama kuil, dan oleh itu sering dianggap sebagai tarikan Kemboja yang berasingan. Kuil ini telah disiapkan pada 767 AD dan sebahagian besar bahan binaannya adalah batu pasir merah, medium yang membawa kepada ukiran rumit hiasan dinding yang masih dapat dilihat dengan jelas pada hari ini. Banteay Srei adalah satu-satunya kuil utama di Angkor yang tidak dibina untuk seorang raja, sebaliknya ia dibina oleh salah seorang perunding raja Rajendraverman ini, iaitu Yajnyavahara.

2. Tonle Sap

Tonle Sap merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara dan merupakan kepentingan utama di Kemboja. Tasik ini mengembang luas dan mengecut secara mendadak bergantung kepada musim. Dari bulan November ke bulan Mei, musim kering Kemboja, Tonle Sap ini mengalir ke Sungai Mekong di Phnom Penh. Walau bagaimanapun, apabila hujan lebat mulai turun pada bulan Jun, aliran air di Tonle Sap berubah arah dan sebuah tasik yang begitu luas akan terhasil. Tonle Sap merupakan kediaman kepada etnik-etnik Vietnam dan sebilangan banyak komuniti Cham, yang tinggal di kampung-kampung terapung di sekitar tasik tersebut.

3. Pagoda Perak

Terletak di dalam kawasan Royal Palace di Phnom Penh, Silver Pagoda ini menempatkan banyak khazanah negara seperti patung-patung Buddha emas dan berhias. Yang paling ketara sekali adalah Baccarat Buddha kristal yang kecil dari abad ke-17 (Buddha Zamrud Kemboja) dan saiz sebenar Maitreya Buddha dalam bentuk emas yang dihiasi dengan berlian 9584.’ Dinding dalaman Silver Pagoda ini pula dihiasi dengan mural yang kaya dengan warna dan lukisan bermotif terperinci akan mitos Ramayana, dilukiskan oleh 40 orang artis Khmer pada tahun 1903-04.

4. Bokor Hill Station


Bokor Hill Station ini terletak berhanpiran dengan Kampot dan telah dibina oleh Perancis pada tahun 1920-an untuk dijadikan sebagai tempat percutian dari haba panas Phnom Penh. Ianya kemudiannya telah terbengkalai sebanyak dua kali, pertama pada tahun 1940 apabila tentera Jepun menyerang Kemboja dan sekali lagi pada tahun 1970-an, apabila Khmer Rouge melanda negara ini. Pada hari ini, Bokor Hill Station ini dan bangunan-bangunan lain yang terbengkalai menimbulkan perasaan pekan seram dan berhantu yang mengerikan. Sehinggalah pada Oktober 2008, jalan ke Bokor telah secara rasmi ditutup kerana pembinaan semula sedang berjalan. Akses bebas ke sini seolah-olah adalah mustahil, namun masih ada lawatan pendakian yang diaturkan oleh ejen pelancongan tempatan.

 

5. Sihanoukville

Sihanoukville, juga dikenali sebagai Kampung Som, merupakan sebuah bandar pelabuhan dan resort pantai yang terletak di Teluk Thailand. tarikan utama di sini adalah pantainya yang berpasir putih dna beberapa buah pulau tropika yang masih belum dibangunkan lagi. Sihanoukville adalah tempat yang amat sesuai untuk berehat dan bersantai, namun bersedialah untuk bersaing mendapat lokasi terbaik semasa musim puncak atau cuti hujung minggu.

6. Bayon Temple

Dikenali sebagai sebahagian daripada destinasi terkenal dunia Angkor, Bayon Temple ini menampilkan pencirian satu lautan batuan besar berwajah yang melebihi 200 buah dan memandang dalam semua arah. Muka tersenyum  yang ingin tahu terukir pada salah satu batu tersebut dianggap ramai sebagai potret diri raja Jayavarman VII atau gabungan daripadanya dan Buddha, dan menjadi imej paling dikenali dengan serta merta di Angkor. Dibina pada abad ke-12 oleh Raja Jayavarman VII sebagai sebahagian daripada pengembangan besar-besaran ibu kota baginda Angkor Thom, Bayon ini dibina tepat-tepat di pusat bandar diraja tersebut. Angkor Wat Tarikan pelancong #1 di Kemboja.

7. Angkor Wat

(Bermaksud’Kuil Kota’) merupakan kuil yang paling indah dan terbesar sekali antara kuil-kuil Angkor dan menjadi tarikan utama pelancongan di Kemboja. Dibina sekitar separuh abad ke-12 oleh Raha Suryavarman II, keseimbangan kuil ini, komposisinya dan kecantikannya menjadikan ia sebagai salah satu monumen yang terbaik di dunia. Sebuah takungan segi empat tepat yang besar mengelilingi Angkor Wat, yang mana ia menaik melalui satu siri tiga teres segi empat tepat ke kuil pusat dan menara pada ketinggian 213 meter (669 kaki). Susunan ini memberi gambaran tradisional Khmer akan kuil gunung, di mana kuil ini mewakili Gunung Meru, rumah para dewa dalam agama Hindu.