Lepas Langgar Terus Masuk Meminang, Gadis Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami Raih Tumpuan

Jodoh itu rahsia Tuhan, dan dikatakan boleh datang dalam pelbagai cara sekalipun. Bahkan pasangan yang bertahun-tahun bercinta juga belum tentu lagi bakal bersama.

Iospital phone repair gombak

Jika ditakdirkan bukan jodoh, maka akan ada yang lebih baik hadir suatu hari nanti.

Terbaru, satu ciapan telah tular di laman sosial Twitter mengenai detik perkenalan dengan si suaminya dahulu yang tidak terduga.

Berdasarkan ciapan yang telah dimuat naik oleh pengguna akaun @nxjwanasir itu, wanita yang dikenali sebagai Najwa itu berkongsikan satu ‘screenshot’ yang memaparkan mesej pertama dengan suaminya.

“Ingatkan lepas kena langgar dia nak minta maaf saja, rupanya dia hantar rombongan meminang sekali,” tulis Najwa di laman Twitternya.

Dikatakan suaminya itu secara tidak sengaja terlanggar mereka semasa sedang bermain skuter elektrik.

“Guys dia langgar I dengan skuter beam tu je tau, bukan dengan kereta. Kalau kereta memang naik balai la cerita dia, tak naik pelamin dah ” tulisnya lagi.

Kemudian, mereka pun berkenalan secara tidak sengaja ekoran tindakan si lelaki itu yang pada asalnya mahu meminta maaf dan mengajaknya minum bersama.

Dan akhirnya pada tahun ini, mereka pun telah bertunang dan dilampirkan juga video rakaman ibu pihak lelaki menyarungkan cincin di jari Najwa.

Apabila menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa teringin juga untuk mendapatkan jodoh dengan melakukan cara yang sama.

Mana tahu mungkin itu juga boleh dijadikan salah satu usaha untuk cari jodoh, seloroh mereka.

Antara komen netizen:

Hantaran Twitter yang tular: