Gigih Jual Nasi Lemak RM 1 Setiap Hari, Wanita Akhirnya Dapat Bagi Duit Dekat Mak Buat Ramai Sebak

Setiap insan yang bernama anak pasti ingin melihat ibu mereka tersenyum gembira apatah lagi bila ibu sentiasa berada di sisi tatkala susah dan senang.
Iospital phone repair gombak
Terdapat pelbagai cara untuk membuat mereka gembira seperti memberikan hadiah, membantu melakukan tugasan rumah ataupun memberikan sedikit wang belanja.

Malah, wang diperoleh juga akan bertambah berkat apabila dikongsikan bersama ibu dan bapa.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita memberikan sedikit wang untuk ibunya dengan hasil jualan nasi lemak RM 1 menyentuh hari ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahira_yusop, difahamkan dia baru sahaja memulakan perniagaan selama 2 bulan dan akui bulan pertama bukannya mudah diharungi dan dia telah dibantu oleh ibunya.

“Selepas 2 bulan aku kumpul duit nasi lemak rm1, bulan pertama aku cuma cakap mak doakan adik, nanti ada duit adik bagi mak” ujarnya.

Oleh kerana dia baru sahaja memulakan perniagaan, dia masih tidak mampu membalas jasa ibunya yang selama ini menyokong bahkan hanya mampu memberikan rm10 sahaja dan meminta doa daripada ibunya.

Namun siapa sangka, setelah dua bukan bertungkus lumus, akhirnya dia dapat memberikan ibunya sejumlah wang sebagai penghargaan.


Dapat kita lihat, dia memegang beberapa keping duit RM50 sambil menghampiri dan menghulurkan duit itu kepada ibunya yang sedang sibuk menyediakan cili kering di dapur.

Ibunya yang terharu bagaimanapun cuba menahan sebak dan berterima kasih dengan pemberian dari anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat wanita ini yang berhempas pulas mencari rezeki dan langsung tidak melupakan jasa ibunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar wanita ini dimurahkan dan diperluaskan pintu rezeki asbab menggembirakan hati ibunya.

Antara komen warga maya:

“Syukur Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki sentiasa sebab berkongsi rezeki pada ibu”

“Berkat usaha dan dosa seorang ibu.. untung adik msih ada ibu.. doa ibu sentiasa ada untuk mu selagi bernyawa..”


“Besar darjatnya mereka yang utamakan ibu”

“Teruskan muliakan syurga kamu sampai akhir hayatnya”

“Duit boleh cari tapi doa seorang ibu tak semua boleh dapat..”

“Alhamdulillah.. rasa happy puas dapat bagi mak ayah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@shahira_yusop nasi lemak rm1 untung nya aku bagi Mak🥺#viral #fyp #nsilemak #nasilemakrm1#klang ♬ bunyi asal – BOYZ BROKEN – BOYZGAMING ☄