“Alina takde sakit apapun tapi Allah lagi sayang,” Ibu Redha Anak ‘Pergi’ Ketika Mandi

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina malah ianya juga membawa keceriaan pada ibu bapanya.

Pun begitu, Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Terkadang, pemergian seseorang itu ke negara abadi tanpa disangka-sangka kerana tidak menghidapi sebarang penyakit dan tidak memberi apa-apa ‘hint’.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang telah tiada mencuri perhatian ramai.

“Allah lagi sayang dia. Siapa kita nak lawan takdir. Allah pinjamkan sekejap Alina untuk ibu babah. Terima kasih Alina untuk memori terindah dalam hidup ibu babah.” katanya

“Anak syurga ibu yang cantik bijak yang selalu ibu rindu. Dakan kitorang terus kuat ya. Semoga ibu ayah yang pernah kehilangan anak diberi kekuatan. InshaAllah diorang tunggu kita di syurga.” luahnya lagi.

Wanita ini juga tampil menjelaskan asbab pemergian anaknnya susulan soalan tersebut sering ditanya oleh para netizen.

“Sorry bertanya, sakit apa sis?”- Netizen

“Ramai yang tanya Alina sakit apa. Alina tak sakit apa pun Alhamdulillah. Dia meninggal sebab lemas dalam bilik air, terjath dalam tong air. Al-Fatihah anak syurgaku..”

“Waktu tu babah dia nak mandikan dia.. Babah keluar sekejap je nak buang diapers. Tak sampai 5 minit, terlalu sekejap.

“Masuk balik tengok dia dah tertonggeng. Babah dah cuba sedaya upaya tapi Allah lagi sayang Alina. Ibu babah terima takdir yang Allah dah tulis..” tulisnya.

“Allah maha baik. 2 minggu lepas kakak tinggalkan ibu, keluarlah seketul Amsyar Dayyan. Adik kakak yang baik ni pengubat rindu dan penyejuk hati ibu babah”

Video yang tular di laman TikTok:

@nadyaali1♬ Bila Tiba – Ungu

@nadyaali1 Reply to @norhusniyusof ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 244.0K tontonan, 10.1K tanda suka, 600 komen dan 731 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan pemergian anak kecil ini dan menitipkan doa agar roh Alina dicucuri rahmat dan bahagia bermain di taman Syurga.

Berikut merupakan komen warga maya: