Keselamatan di tempat kerja memang penting dan harus diutamakan kerana ianya melibatkan nyawa. Nak nak lagi di tempat kerja yang berisiko seperti tapak pembinaan.

Ramai yang kita dengar telah maut akibat ditimpa batu berat dan bermacam-macam lagi.

Sama seperti yang berlaku di Bandar Taichung, Taiwan apabila seorang pekerja projek penggantian saluran paip telah disedut oleh paip air secara tiba-tiba ketika dia sedang bekerja.

Kemalangan tersebut telah dirakam oleh seorang pekerja di tempat yang sama dan dimuat naik di laman TikTok. Dalam video tersebut memaparkan lelaki yang dipercayai berusia 50 tahun itu sedang menukul salah satu bongkah penutup lubang yang berukuran 60×40 cm sebelum dia tergelincir dan tersedut ke dalam saluran paip air tersebut.

Dipetik daripada laporan portal Taiwan English News, lelaki berusia 50 tahun itu bekerja dalam projek penggantian saluran paip bersama Taiwan Water Corporation di daerah Tanzi.

Rakan-rakan sekerja yang lain telah sedaya upaya membantu untuk menarik dan menyelamatkannya dari paip itu namun usaha mereka menemui jalan gagal apabila mangsa tidak menyedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Kementerian Buruh dan agensi lain yang bertanggungjawab dikatakan masih menyiasat mengenai kemalangan.

Pada mulanya, ramai wargamaya yang tidak perasan akan kemalangan yang ingin ditunjukkan oleh pengguna TikTok itu namun setelah diulang tayang dengan kadar yang lebih perlahan, wargamaya dapat melihat dengan jelas akan kemalangan ngeri itu.

Video yang dikongsi oleh @golfsouthalabama tersebut telah tular di TikTok dengan meraih sebanyak 5.6 juta jumlah tontonan, 308.9 ribu tanda suka, 7142 komen dan 44.8 ribu perkongsian!

Video yang tular di TikTok

@golfsouthalabama So sad… just an old man trying to provide for his family. Prayers go out to them. #fyp #foryou #foryoupage #taiwan #waterpipe #prayers ♬ original sound – Landon Bertarelli

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang simpati dengan lelaki itu dan terkejut kerana kemalangan itu berlaku dengan sekelip mata.

Rata-rata mempersoalkan mengapa pekerja yang lain seolah-olah kelihatan tenang dan hanya memberi pandangan kosong kepada lelaki tersebut. Ramai juga yang mengucapkan takziah atas pemergian lelaki tersebut.

Antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“man this is so sad a man lost his life and all i see is jokes cant imagine what his last moments were rip.”

“everyone here making comments are sitting at home working on zoom . construction is no joke . condolences to his family”


“why everybody seem calm”