Bangga Tayang Wang Berjuta Di TikTok, Lelaki Ditahan Polis Kantoi Pakai Baju Sama Semasa Rompakan

Kes jenayah semakin meningkat tahun demi tahun, di mana-mana sekalipun. Apa yang lebih mengejutkan, perbuatan jenayah itu dihebohkan sendiri oleh si pelaku seakan bangga dengan perbuatannya itu.

Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan oleh polis kerana menayangkan duitnya di laman sosial TikTok dan telah disyaki merupakan suspek rompakan di Thailand.

Memetik laporan media, pihak polis Chon Buri telah berjaya menahan suspek rompakan syarikat logam selepas suspek telah menyiarkan videonya menayang duit yang dirompaknya itu ke dalam laman sosial TikTok.

Berdasarkan video tersebut, suspek telah melambai sejumlah wang tunai dan memberitahu kepada penontonnya tentang bagaimana dia mendapatkan wang tersebut.

Suspek menyatakan bahawa duit tersebut diperoleh hasil daripada kerja kerasnya untuk melangsaikan hutang.

Menerusi video yang disiarkan itu, pihak polis terus mengesyaki lelaki itu bahawa wang tersebut ialah wang hasil rompakan.

Pihak polis telah menggeledah rumah suspek, dan berjaya menemui cek bernilai kira-kira 32 juta Baht (RM 4,027,783.16) dan wang tunai sebanyak 220,000 Baht (RM 27,691.0092).

Menurut siasatan yang telah dibuat, suspek terlibat dengan kes rompakan syarikat logam tempatan berkenaan pada 11 Ogos yang lalu.

Syarikat logam itu turut memaklumkan bahawa sebuah peti besi berisi wang tunai dan barang berharga lain telah dicuri.

Pihak syarikat berkenaan turut menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada pihak polis untuk siasatan lebih lanjut.

Melalui rakaman CCTV tersebut, pihak polis terus dapat mengecam suspek dengan mudah apabila suspek masih berpakaian sama seperti dalam rakaman CCTV itu.

Selepas meneliti rakaman CCTV berkenaan, pihak polis terus menjejaki lokasi suspek dan menahan suspek serta mendakwa suspek atas tuduhan mencuri.

Suspek menjelaskan dirinya bahawa wang itu dirancang untuk digunakan bagi melangsaikan hutangnya.

Walau bagaimanapun, suspek baru sahaja menggunakan 150 Baht (RM18.8802) untuk membeli makanannya.

Sekadar info, baru-baru ini juga tular mengenai seorang warga emas ditahan kerana merompak di Thailand.

Namun begitu, suspek secara rela hati menyerahkan diri kepada pihak polis dan mengaku bahawa dia telah melakukan rompakan di sebuah farmasi.

Apa yang menggemparkan seluruh dunia, suspek berbuat demikian disebabkan suspek lebih suka menghabiskan masa di penjara kerana akan menerima makanan percuma tiga kali sehari dan boleh bergaul dengan orang lain, bukannya di jalanan tanpa pekerjaan dan berisiko untuk mati kelaparan.

Video tular di laman Tiktok:

@surasak_764นับตังกับบ้าน บ่าวอมตะชลบุรี หมุ่นโสดเมืองสุรินทร์♬ เสียงต้นฉบับ – ทิด แอม