[VIDEO] Lelaki ‘Paling Cantik’ Kini Kepala Botak! Ini Punca Lelaki Ini Botakkan Kepalanya

Abdussalam Firdaus dahulu terpaksa menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan jantinanya sebelum masuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Kisahnya itu menjadi viral di media sosial apabila penguatkuasa yang memeriksanya memintanya menyimpan misai atau janggut.

Wajahnya yang berambut panjang itu terus menjadi viral dan digelar sebagai lelaki cantik oleh netizen.

Terbaru, Abdussalam Firdaus atau lebih mesra dikenali dengan nama Am telah membotakkan kepalanya setelah hampir dua tahun berambut panjang.

Dikatakan keputusannya itu dibuat setelah melakukan cabaran retweet untuk membotakkan kepala dengan mendapat sokongan daripada 20,000 pengguna laman sosial Twitter baru-baru ini.

Ini Tweet Am di Twitter.


Setelah menerima lebih daripada 20 ribu retweet, Am mengotakan janjinya untuk membotakkan kepalanya.

Di dalam satu video berdurasi lebih tiga minit, Am berkongsi punca dia melakukan perkara itu.

Katanya ia bukan sekadar cabaran semata-mata sebaliknya mahu menderma rambut kepada sebuah organisasi kanser.

https://www.youtube.com/watch?v=_XynoFVfJq0

Rata-rata netizen memuji apa yang dilakukan oleh Am dan memberitahu dirinya masih kelihatan ‘cantik’ walaupun tampil dengan kepala botak.

Sebelum ini Am dicadangkan supaya menyimpan misai dan janggut untuk mengelakkan orang ramai keliru dengan jantinanya kerana memiliki wajah yang ‘cantik’.

“Saya cadangkan simpan sedikit misai dan janggut supaya iman jejaka terjaga,” komen @ashrieruslan kepada pemuda tersebut.

Am menyambut cadangan tersebut dengan jawapan lucu. Dia berkata sudah cuba melakukannya, namun misai dan janggutnya tumbuh seperti ikan keli.


Abdussalam Firdaus berkata, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan.

Semoga kebaikan yang dilakukan oleh Am ini akan menjadi tauladan buat semua orang.