Seorang lelaki warga negara Korea Selatan menemui wang bernilai 130,000 dolar Singapura (RM405,203) di dalam sebuah peti ais lama yang dibelinya menerusi atas talian.

Dia mungkin terpaksa menunggu selama enam bulan untuk memiliki wang bernilai 130,000 dolar Singapura (RM405,203) yang ditemuinya di bawah sebuah peti ais lama baru-baru ini.

Jumpa 2,200 keping wang

Menerusi laporan agensi Korea Selatan, MBC News, lelaki itu menjumpai kira-kira 2,200 keping wang kertas ketika sedang membersihkan lantas terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan pada 6 Ogos lalu.

Polis memulakan siasatan

Sehubungan itu, polis telah memulakan siasatan untuk menentukan sumber wang itu malah, untuk sementara waktu kesemua wang tersebut akan dalam simpanan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, penjual dan penghantar peti ais tersebut turut dipanggil untuk memberikan kenyataan dalam siasatan berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis menyifatkan kes tersebut bagai tidak masuk akal kerana melibatkan satu jumlah wang yang besar.

Wang diberikan kepada orang yang menemukan jika 6 bulan tidak di tuntut

Memetik laporan Allkpop, Akta Hilang dan Jumpa di negara itu mewajibkan wang itu diberikan kepada orang yang menemukan sekiranya tiada yang tuntut dalam tempoh enam bulan dan pihak tersebut perlu membayar cukai sebanyak 22 peratus daripada jumlah tersebut.

Akan diberi pampasan 5%-20%

Walau bagaimanapun, jika ada pihak yang menuntut wang tersebut, indivdiu yang menemui wang berkenaan akan diberi pampasan antara lima hingga 20 peratus dari wang tersebut.

Namun jika wang tersebut didakwa berkaitan dengan jenayah, kesemua wang berkenaan akan diserahkan kepada dana negara.

Lelaki tersebut dikatakan membeli peti ais terpakai tersebut sebagai tempat menyimpan kimchi sebelum menyedari perkara itu.