Lelaki Jepun Tawar Perkhidmatan Sebagai ‘Peneman’, Semua Ditanggung Pelanggan Tidak Perlu Buat Apa-Apa

Kadar ekonomi dan kos sara hidup kebelakangan ini dikatakan semakin meninggi di seluruh dunia. Ekoran itu, wujudnya individu yang ‘terlebih kreatif’ menghasilkan wang dengan membuat kerja yang unik, tidak terjangka oleh orang lain sera mampu mendatangkan hasil yang banyak.

Itulah apa yang dilakukan oleh Shoji Morimoto, seorang lelaki di Jepun telah mencipta satu bentuk pekerjaan iaitu perkhidmatan teman pelanggan dengan mengenakan caj bayaran sebanyak RM 319/jam untuk setiap satu sesi.

Skop pekerjaan yang dilakukan oleh Shoji hanya menyediakan perkhidmatan untuk menemani pelanggannya seperti teman makan malam, bersiar-siar di taman atau mendengar luahan pelanggannya.

“Saya adalah ‘Rental-Do-Nothing-Man’ yang menyediakan perkhidmatan diri saya sendiri untuk disewa untuk tidak melakukan apa-apa. Saya hanya pergi ke tempat yang diarahkan untuk duduk dan tidak melakukan banyak perkara,” kata Shoji.

Sebelumnya, terdapat juga agennsi lain di Jepun yang menawarkan perkhidmatan pelakon untuk bermain bersama dan keluarga.

Namun begitu, perkhidmatan sewaan seperti yang dilakukan oleh Shoji Morimoto ini tidak pernah didengari dan dilakukan di Jepun.

Difahamkan, Shoji mengambil upah hanya dengan menjadi dirinya sendiri dan tidak berbuat apa-apa pekerjaan selain menemani pelanggannya dan tidak perlu menyamar.

Misalnya, dia berpura-pura menjadi teman lelaki, keluar makan bersama dan sebagainya.

“Apa yang saya maksudkan dengan tidak melakukan apa-apa adalah saya makan dan minum bersama pelanggan dan menjawab beberapa soalan mudah yang mereka ajukan,” jelas Shoji mengenai kerjanya yang unik itu.

Dikatakan, Shoji telah menerima pelanggan dan bekerja selama lebih 4,000 kali sejak melancarkan firmanya di laman Twitter pada tahun 2018 dengan mengiklankan perkhidmatannya di laman sosial tersebut.

Dan pada hari ini, Shoji Morimoto telah mempunyai lebih kurang hampir sejuta pengikut di Twitter dan sebanyak 25% pelanggannya merupakan pelanggan yang sama termasuk seorang wanita yang telah menggunakan perkhidmatan tersebut sebanyak 270 kali.

Caj sebanyak RM 319 dikenakan untuk para pelanggannya untuk setiap tempahan yang dibuat.

Bukan itu sahaja, dia turut akan mengenakan caj tambahan untuk pengangkutan dan pelanggan perlu bertanggungjawab untuk makanannya jika tugasan itu dilakukan pada waktu makannya.