Pengantin Lelaki ‘Kantoi’ & Lari Dari Majlis Perkahwinan Sendiri, Isteri Pertama Serbu Dengan Polis

Alam perkahwinan merupakan suatu perkara yang indah dan yang dinanti-nantikan buat pasangan kekasih. Bagaimanapun bukan itu yang berlaku kepada satu pasangan di India ini malah ianya berubah menjadi suatu tragedi.

Memetik laporan media tempatan India.com, pengantin lelaki melarikan diri meninggalkan pengantin perempuan pada acara perkahwinan mereka.

Hal ini disebabkan pengantin lelaki, bernama Syed Nazeer dikatakan ‘kantoi’ apabila isteri pertamanya serbu majlis perkahwinan yang diadakan secara ‘sorok-sorok’ itu Jumaat yang lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Hyderabad, India.

Syed dikatakan pada mulanya melihat kelibat isteri pertamanya, Dr Sana Samreen masuk ke dalam majlis, kemudian disertai dengan pihak polis tiba di kaunter penyambut tetamu.

Dikatakan, Syed tidak memaklumkan kepada Sana mengenai perkahwinan keduanya dan telah diadakan secara diam-diam tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Setelah Syed terlihat isteri pertamanya, Sana hadir bersama pegawai polis, Syed dengan keadaan panik dan segera melarikan diri melalui pintu belakang.

“Adik saya berkahwin dengan Syed sejurus selepas lelaki itu pulang dari New Zealand pada 2019. Semasa tempoh penutupan akibat Covid-19, dia terperangkap di sini, dan kami yang menanggung perbelanjaannya.

“Bagaimanapun, dia menuntut Rs 15 lakh (RM84,774) dari keluarga kami dan kami tak mampu. Dia kemudian mula menjauhkan diri daripada adik saya,” terang Abdul Waheed, abang kepada Sana.

Sana juga turut memfailkan aduan ke atas suaminya setelah suaminya sering mengugut dirinya demi mendapatkan wang.

“Saya seorang doktor. Sepanjang tempoh gelombang kedua wabak COVID-19, saya yang bantu bapa saudara Syed yang menghidap positif COVID pada ketika itu. Dan duit simpanan saya selama ini telah saya gunakan untuk dia sepanjang tempoh tersebut.” jelas Sana.

Laporan polis itu telah dibuat di Balai Polis Santosh Nagar, India.

Namun begitu, keberadaan Syed kini masih belum diketahui kerana tidak mempunyai sebarang petunjuk menurut pihak polis.

Sekadar info, terdahulu terdapat suatu kes di mana bapa kahwin secara sembunyi di Thailand, seorang wanita ‘terkahwin’ dengan abangnya sendiri dan akhirnya mereka terpaksa bercerai.

Yakni, jelas bahawa perkahwinan ‘sorok-sorok’ ini tiada kelebihannya malah lebih membawa kepada keburukan sehingga menjejaskan diri sendiri.