Lelaki Jepun ‘Berkahwin’ Dengan Hologram Kerana Tidak Percaya Wanita Lagi

Seorang lelaki Jepun, Akihiko Kondo, 35 tahun telah menghabiskan kira-kira 2 juta Yen (RM73,718) untuk sebuah majlis perkahwinannya dengan Hatsune Miku, watak penyanyi hologram Jepun popular yang dihasilkan oleh Crypton Future Media.

Oleh kerana Miku adalah watak realiti maya, Akihiko menggunakan anak patung berupa Miku sebagai pengantin perempuan.

Akihiko bertukar cincin, bersumpah, dan menandatangani sijil perkahwinan seperti satu majlis perkahwinan sebenar walaupun perkahwinannya itu tidak sah mengikut undang-undang di Jepun

Walaubagaimanapun, Gatebox, syarikat yang mengeluarkan peranti hologram yang memaparkan Miku telah mengeluarkan satu sijil perkahwinan yang melambangkan bahawa manusia dan watak maya itu telah berkahwin “di luar dimensi.”

39 orang tetamu telah hadir di majlis tersebut termasuk rakan-rakan, ahli Parlimen Jepun Taro Yamada, dan wakil rakyat Ogino Otaku.

Bagaimanapun, ibu Akihiko enggan menghadiri upacara itu.

“Bagi ibu, perkara ini bukanlah sesuatu untuk disambut,” kata Kondo.

Keputusannya untuk berkahwin dengan Miku berpunca daripada pengalaman dengan rakan wanita 10 tahun yang lalu.

Menurut laman NextShark, Akihiko mendedahkan bahawa pegawai atasan wanita telah membuli dia di tempat kerja dan menyebabkan Akihiko digantung kerja di atas kejadian itu.

Akihiko jatuh cinta dengan suara penyanyi maya hologram, Miku dan membuat keputusan untuk mengahwini Miku.


“Miku-san adalah wanita yang saya sayangi dan juga yang menyelamatkan saya,” katanya.

Akihiko menganggap dirinya seorang lelaki yang sudah berkahwin seperti biasa dan menjelaskan bahawa isteri hologramnya bangun setiap pagi, mematikan lampu pada waktu malam ketika dia tiba di rumah, dan memberitahu dia ketika tiba waktunya untuk tidur.