Lelaki Ini Simpan RM3,700 Hanya Dalam Tempoh 6 Bulan!

Apabila berbicara tentang soal cara simpan duit pasti ramai yang akan berikan berbagai alasan seperti tak cukup duit, anak-anak perlukan duit, keperluan dapur yang tinggi dan bermacam-macam lagi jenis jawapan yang mereka katakan.

Sekiranya anda seorang yang sering ada alasan bertanyakan tentang bagaimana cara simpan duit apabila disuruh menyimpan untuk digunakan di masa depan, anda harus membaca dan fahamkan dengan perkongsian cara simpan duit daripada Mohd Faiz ini.

Beliau menyimpan dan apa yang sanggup dilakukannya semata-mata kerana ingin menyimpan duit.

Semua itu adalah pengalaman beliau sendiri dan cara simpan duit yang patut kita tiru demi masa depan yang lebih baik.

___________________

Simpan Duit Yang Anda Pilih Warnanya

Kisah Benar :

Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

PERATURAN WAJIB :

1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.

2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20

3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT

4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.

5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.

6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.

Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,

140 keping RM 20
180 keping RM 5

Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700