Lelaki Ini Kongsi Cara Simpan Duit Yang Mudah Dengan Bijak dan Paling Berkesan

Bila berbicara tentang soal cara simpan duit pasti ramai yang akan berikan berbagai alasan seperti tak cukup duit, anak-anak perlukan duit, keperluan dapur yang tinggi dan bermacam-macam lagi jenis jawapan yang mereka katakan.

Sekiranya anda seorang yang sering ada alasan bertanyakan tentang bagaimana cara simpan duit apabila disuruh menyimpan untuk digunakan di masa depan, anda harus membaca dan fahamkan dengan perkongsian cara simpan duit daripada seorang pengguna Facebook bernama Khang Wei.

Memetik perkongsian dari laman Media Maklumat, Kahng Wei berkongsi bagaimana cara nak menyimpan duit yang telah digunakannya untuk menabung duit dengan lebih efektif dan fleksibel yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.

Menurut Khangwei, pada tahun lepas dia telah bercadang untuk menyimpan duit, walau bagaimanapun setelah sembilan bulan berlalu, dia masih lagi gagal untuk merealisasikan keinginannya untuk menyimpan duit tersebut.

Jadi, Khangwei telah mencuba cara kawannya sendiri iaitu dengan membuat simpanan RM20 pada setiap hari. Walau bagaimanapun, Khangwei merasakan jumlah simpanan sebanyak RM20 itu terlalu tinggi dan begitu membebankan dirinya.

Lalu, Khangwei telah mendapat idea baru selepas memikirkan apakah cara yang terbaik untuk dia terus menabung dengan lebih mudah. Dengan cara ini Khangwei telah berjaya menyimpan duit dengan bijak dan berkesan.

Cara Simpan Duit oleh Khangwei

1. Simpan sekeping duit RM1 dan RM5 di dalam tabung atau di dalam botol pada setiap hari.

2. Sekiranya tiada sekeping duit RM5 di dalam wallet, haruslah digantikan dengan duit RM1 sebanyak 5 keping.

3. Jika tiada RM1 dan RM5 sekeping dalam tangan, jadi, haruslah meletakkan wang bernilai RM10 sebagai ganti ke dalam tabung.

4. Wajib atau perlu simpan dalam tabung RM50 pada setiap kali hari gaji.

Melalui perkongsian Khangwei tersebut, dia menjelaskan yang dia telah mengeluarkan duit simpanannya itu dan mengira jumlah yang telah tersimpan dengan menggunakan tips dan caranya sendiri selepas tiga bulan berlalu.

Ternyata strategi Khangwei itu sangat menjadi kerana dia telah berjaya mengumpul duit yang jumlahnya sama banyak dengan nilai gajinya selama sebulan.

Khangwei turut berpendapat bahawa menyimpan duit di dalam bekas seperti botol air ada kebaikannya yang tersendiri memandangkan dengan cara tersebut dia dapat menghalang dirinya sendiri daripada terus mengeluarkan wang yang telah disimpan itu.

Jika Khang Wei mampu melakukannya, apa lagi alasan yang boleh kita berikan? Pastinya kita juga mampu membuatnya!