Lelaki Ini Marah Budak Main Di Lereng Bukit, Sekali Dia Pula Join ‘Sekaki’ Undang Dekah Ramai

Sebelum adanya gadget, kanak-kanak pada zaman dahulu seringkali bermain dengan permainan seperti lompat tikus, teng teng, batu seremban, musang berjanggut dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Namun, kini jarang sangat untuk kita lihat kanak-kanak bermain permainan sebegitu kerana rata-rata mereka gemar bermain game di dalam gadget, PS5, Xbox dan banyak lagi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ingin menegur sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tepi lereng bukit itu telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaimie3, kelihatan beberapa orang budak sedang bermain di lereng bukit dengan menggelongsorkan kotak.

Pada awalnya ramai yang menyangka lelaki tersebut ingin pergi memarahi kanak-kanak itu namun rupa-rupanya dia dilihat turut bermain bersama-sama mereka.


Gelagatnya itu membuatkan ramai tidak kering gusi. Manakan tidak, awalnya seperti marah tapi siapa sangka rupanya nak join sekaki.

“Tak dengar cakap orang la budak budak ni, berapa kali dah aku pesan tapi main juga, kau tengok tuu, apa la ni aku nak marah ni” ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki tersebut sekaligus mengatakan mungkin dia rindu untuk bermain permainan tarik upih. Tetapi kali ini, kotak dijadikan pengganti upih.

“Dulu kecil-kecil kalau jumpa bukit macam ni, mesti main guling-guling ala-ala street fighter. Pengaruh game sungguhlah dulu” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama ketika bermain di lereng bukit atau permainan tarik upih.

Antara komen warga maya:

“Kau punya safety kemain bang.. orang lain lek lek je..”

“Masa kecik2 main kat tebing rumah arwag nenek, guna pelepah kelapa..”


“Hahaha teringat aku dulu2 main bukit masjid tinggi2 best gila la.. teringat zaman budak2”

“Ingatkan apo, sekali dia pun join juga.. tak tahan siap helmet tu.. orang lain relax jee..”

“Nak marah sebenarnya.. tapi licin,, jatuh terduduk.. pastu macam ada orang tolak.. sebab tu gelongsor tu..”

“Patutla awak marah sangat… budak2 tu tak ajak main sekali..”


Video yang tular di laman TikTok:

@khaimie3 #tolonglahfyp #nakal #kerjakerjakerja #takpeduli #fypシ゚viral #perangaianak #nakmarahtapikenasabar ♬ bunyi asal – Nyap tahuk – zul nyp selek