Cadar Siap Ada Kesan Darah, Lelaki Ini Terpaksa Tidur Menegak Kerana Hotel Terlalu Kotor!

Bagi yang gemar ‘staycation’ ataupun perlu menggunakan hotel ketika travel jauh, pasti mahukan hotel yang bersih dan selesa untuk didiami.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Cameron Highland mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, seorang pengunjung memuat naik hantaran di Facebbook Hotel Review Malaysi dimana dia berasa terkilan kerana keadaan bilik penginapannya yang kurang memuaskan.

“Tempat tinggal kami di hotel ini adalah sangat mengecewakan!”

“Kami mendaftar masuk pada pukul 3:30 petang, kami letakkan bagasi dan berehat seketika sebelum keluar bersiar-siar sekejap.”

“Kami pulang semula ke bilik pada pukul 10 malam selepas kami selesai makan malam,” kata lelaki itu.

Ceritanya lagi, ketika hendak merebahkan badan di atas katil, betapa terkejutnya dia apabila mendapati tompokan darah pada cadar.


“Ini sangat meloyakan dan tidak boleh di terima. Untuk kami kebersihan adalah segala-galanya.”

“Cadar dan sarung bantal pun yang lama punya, tidak diganti. Lepas tu cerek air yang kotor dan berhabuk menyebabkan jelek mata memandang.”

“Tidak menepati tahap hotel empat bintang dan ia menelan kos RM431 semalam untuk tinggal di hotel ini,” ujar lelaki berkenaan penuh kekecewaan.

Dia mengingatkan pengunjung yang lain untuk tidak pergi ke hotel tersebut kerana penjagaan tahap kebersihannya yang sambil lewa.

“Saya tidak akan mengesyorkan hotel ini kepada sesiapa pun, tidak akan pernah sesekali,” katanya menutup bicara.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui geli melihat bilik yang koor itu apatah lagi tompokan darah yang ada di atas katil.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut berkongsi pengalaman peribadi ketika ermalam di hotel berkenaan.

“Saya memang stay dekat sini tetapi memang tak pernah kena macam ini lagi,” kata seorang warga maya terkejut kerana pusat peranginan tersebut seperti telah merudum dalam tahap kualitinya.

Pemilik hantaran itu seterusnya membalas komen tersebut dengan mengatakan dia juga sudah beberapa kali menginap di situ dan ini pertama kali kejadian sedemikian berlaku.

“Yes, saya juga dah beberapa kali duduk di sini tetapi ini pertama kali jadi macam ni.”

“Tapi still, darah kot atas katil tu, memang geli,” kata lelaki berkenaan.

Tidak cukup dengan itu ada juga sebilangan netizen yang berkongsi pengalaman seram ketika berada di hotel berkenaan.

“Mak saya pernah kena kacau masa stay situ. Benda tu main pintu semalaman. Dengan tiba-tiba telefon tak ada isyarat.

“Nak keluar pintu bilik tak boleh buka. Sejak daripada tu memang dah tak stay situ,” kata warga maya itu serik dengan pengalaman mistik tersebut.

Boleh tahan juga tu kotor dia, apa-apa pun sebelum korang booking hotel, makesure tengok dulu review ya, jangan hujung-hujung korang juga terkena..