Lelaki Ini Ditinggalkan Bersama ‘Bom Hidup’ Dengan Pin Ditanggalkan.

Lelaki Ukraine ini telah ditinggalkan bersama bom tangan ‘hidup’ selepas bergaduh dengan seorang kawan. Bom tangan yang diberikan kepadanya sudah ditanggalkan pin keselamatan.

https://www.youtube.com/watch?v=HB7LkA58PrY

Rakannya yang merupakan seorang askar Ukraine memberikan bom tersebut secara bersahaja dan terus lari. Bagaimanapun dia bertindak pantas dengan menahan tuil bom tangan tersebut bagi mengelakkannya daripada meletup.

Orang ramai yang berdekatan dengannya memberi bantuan dengan menelefon polis untuk tindakan selanjutnya.

Pihak polis tiba dan membantunya untuk menahan tuil keselamatan bom tangan tersebut. Mereka juga menggunakan pita pelekat bagi mengurangkan risiko dia terlepas tuil tersebut sekaligus boleh menyebabkan letupan.

Apabila unit pakar pemusnah bom tiba, mereka mengesahkan bahawa bom tersebut hanyalah replika dan palsu.

Askar Ukraine itu kemudian ditahan di sebuah rumah berdekatan dan dijangka dihukum penjara sekurang-kurangnya 7 tahun jika didapati bersalah.