Dinoda 12 Jantan Selama Lapan Jam, Remaja Perempuan Menjadi ‘Bisu’

Akibat lapan jam menjadi mangsa noda sekumpulan 12 lelaki rakus, seorang gadis menjadi bisu selepas dilaporkan tidak boleh bercakap.

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang sedang menunggu bas di Mahendragarh bagi menghadiri kursus telah dilarikan apabila dia dipercayai diberikan minuman yang dimasukkan dadah oleh individu yang dikenalinya.

Menurut laporan The Times of India, mangsa dibawa menaiki kereta ke sebuah rumah sebelum beberapa orang lelaki lagi tiba dan menodanya secara bergilir-gilir.

Setelah mengharungi derita selama lapan jam, mangsa dihantar semula ke perhentian bas dan salah seorang suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa.

Mangsa lalu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan berikutan kecederaan di bahagian belakang badan, bahu serta alat sulitnya.

“Anak saya mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian leher, dia tidak mampu bercakap,” ujar ibu mangsa yang percaya kesakitan itu berpunca dari tindakan suspek yang mencekik anaknya.

Pegawai polis tempatan, Ashwini Kumar berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan pihaknya kini sedang menjejak kesemua suspek.

Foto salah seorang suspek

Gambar tiga dari suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian ini turut diedarkan dan salah seorang dari mereka merupakan anggota tentera.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Metro.co.uk[/su_note]