Lelaki Ditinggalkan Bapa Sejak Kecil, Bertemu Semula Sebagai Rakan Sekerja di Malaysia Buat Netizen Terharu

Buat anak-anak yang masih kecil dan tidak memahami apa-apa, mereka tentunya memerlukan kasih sayang daripada kedua orang tua mereka. Hidup tanpa salah seorang daripada ibu bapa sememangnya tidak lengkap.

Namun apakan daya, ada yang terpaksa berjauhan dengan sang bapa dan hanya membesar bersama ibu. Malah, ada yang sengaja ditinggalkan tanpa sebab.

Seperti yang dikongsikan oleh lelaki asal Indonesia bernama Sitorus Tubuni Silaen di TikTok, dia berasa keliru sama ada ingin berasa bahagia atau sedih selepas bertemu kembali dengan bapa kandungnya yang telah meninggalkannya saat dia masih kecil.

Menurut Sitorus, mereka secara kebetulan dipertemukan di tempat kerja. Difahamkan, Sitorus dan bapanya adalah rakan sekerja memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama.

Menerusi video yang dimuat naik, kedua-dua mereka saling berpelukan dan mengalirkan air mata akibat sebak yang tak dapat ditahan. Momen-momen indah yang sempat dirakam itu telah menarik perhatian ramai warganet.

Meskipun mereka kelihatan sedikit janggal bersama akibat terlalu lama berjauhan, namun kemesraan dan keakraban yang dipaparkan dapat dirasai oleh orang ramai.

Dalam beberapa video yang lain, dua beranak ini kelihatan ikhlas menerima satu sama lain meskipun si bapa dilihat agak malu ketika ingin dirakam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu serta memanjatkan rasa syukur melihat dua beranak yang berjaya disatukan semula. Malah, mereka sempat berpesan kepada Sitorus agar hargailah bapanya selagi dia masih ada.

Dalam pada itu, netizen juga berharap lelaki ini dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak dengan baik selain mendoakan kebahagiaan keluarga ini.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok:

“subhanallah semua di atas perancangan Allah, semoga bhgia bsa kmbali berkumpul dngan keluarga”

“seburuk apapun,dia ttp org tua kita, hargai slgi msh ad🥰🥰🥰”

“sabar ye bang mcmna pon dia ttap ayah kita.terima dan jaga dia sebaik mungkin ya.masa lalu itu antara dia dan allah shj.”


Video yang tular di laman TikTok

@hodokninapogossitorus #bapak tidak bertanggung jawab#foryourpa❤️ge❤️🌷n👍👍👍👌🏾awaki #foryourpage #pubgmobile ♬ bunyi asal – MamaMuda🥰 – 🇲🇾MamaMuda🇵🇭