[VIDEO] Lelaki Dibelasah ‘Main Cinta’ Isteri Orang, Ini Punca Isteri Peluk Taknak Lepas Lelaki Tersebut

Malang bagi seorang lelaki yang didakwa menjalin hubungan dengan isteri orang apabila dipukul selepas ‘kantoi’ dengan suami wanita berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika mereka berada dalam kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Kuala Besut di Jertih, semalam.

Klip Video Disediakan Di Bawah

Video yang berdurasi 2 minit 50 saat mengenai kejadian dan kekecohan pada 1.45 tengah hari itu tular di laman sosial sejak petang hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila suami wanita berkenaan dikatakan menangkap pasangan itu ketika mereka berada di dalam kenderaan di hadapan bank terbabit.

Beberapa lelaki dipercayai orang awam yang berada di lokasi kejadian turut berang dengan kejadian itu sebelum menarik lelaki berkenaan keluar dari kereta dipercayai milik wanita itu.

Dalam rakaman video itu, lelaki berkenaan dise pak, diten dang dan dipu kul di bahagian badan dan kaki oleh beberapa lelaki, selain ditum buk dan ditam par di muka.

Mangsa berusia 30-an mengaku mengenali wanita berkenaan di laman sosial Facebook dan bertemu di pekan Kuala Besut hari ini.

Lelaki berkenaan yang datang dari Kuala Lumpur mendakwa tidak mengetahui status wanita berkenaan sebagai isteri orang, sebaliknya memaklumkan kononnya wanita itu mengaku berstatus janda.

Wanita berkenaan turut dilihat menjerit dan memeluk lelaki tersebut dengan erat. Puncanya adalah dia cuba mempertahankan lelaki berkenaan dengan melindunginya daripada dipukul beberapa kali.

Akibatnya wanita itu turut terkena pu kulan sehingga akhirnya le mah dan tersem bam ke atas jalan.

Kejadian menyebabkan kawasan persekitaran bank berkenaan kecoh dan dikerumuni orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, wanita dan lelaki berkenaan dibawa orang awam ke Balai Polis Kuala Besut sejurus kejadian, bagaimanapun tiada sebarang laporan dibuat.

Memang mereka dibawa ke balai, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh kedua-dua mangsa yang dipukul atau suami wanita berkenaan mengenai kejadian.

Katanya lagi, mengikut rekod, wanita berkenaan mempunyai masalah rumah tangga dan sebelum ini pernah membuat laporan polis berkaitan kes keganasan rumah tangga.