Lebih 40 Tahun Tinggal Dalam Hutan, Lelaki dan Anaknya Ini Hilang Sejak 1973

Seorang lelaki yang kini berusia 82 tahun bersama anaknya 41 tahun ditemui tinggal di dalam hutan selama 40 tahun kerana menyangkakan perang masih belum tamat.

Kejadian ini berlaku di Hanoi, Vietnam dimana Ho Van Thanh dan anak lelakinya, Ho Van Lang dipercayai hilang semasa perang negara dengan Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas.

Tanam sayur dan memburu

Dua beranak tersebut hilang semasa Vietnam masih berperangdengan negara Amerika Syarikat kira-kira 40 tahun yang lepas.

Menerusi laporan BankokPost, mereka berjaya tinggal dalam hutan tersebut dengan hanya menanam sayur-sayuran hutan dan memburu binatang sebagai sumber makanan utama.

Ketika ditemui, Thanh dapat berkomunikasi dalam bahasa etnik minoriti Cor, manakala Lang hanya tahu beberapa patah perkataan ujar Pegawai Tay Tra.

Malah, mereka juga tidak pernah berkomunikasi dengan siapa-siapa sepanjang berada di hutan tersebut.

Lari ketika anak baru lahir

Diceritakan kali terakhir Thanh dilihat apabila dia berlari ke hutan bersama anak sulungnya Lang, yang baru sahaja dilahirkan ketika itu.

Menurut Thanh, dia bertindak sedemikian kerana rumahnya telah dibom sekali gus telah mengorbankan isteri dan dua anak lelakinya pada tahun 1973.

40km ke dalam hutan

Tanh dan anaknya ditemui apabila penduduk kampung berhampiran memasuki hutan tersebut dan membuat perjalanan sejauh 40 kilometer untuk mencari kayu.

Paling mengejutkan, apabila mereka terjumpa dua rumah pokok milik Thanh dan Lang. Penemuan mereka ini terus dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Ketika dijumpai, anak beranak itu kelihatan tidak bermaya dan memakai kain pinggang dan kemeja yang terbuat daripada kulit pokok.

Kini, Thanh telah dirawat di pusat perubatan manakala Lang dijaga sendiri oleh keluarganya.

Menurut Hoang Anh Ngoc, Ketua Daerah Hanoi, meminta pegawainya untuk mengawasi mereka berdua untuk memastikan mereka tidak kembali semula ke hutan.

Sudah semestinya penemuan mereka berdua mengejutkan ramai pihak dan rata-rata sudah menyangka mereka sudah tiada di dunia ini.