Masih Dalam Fasa Belajar Berhijab, Nad Zainal Luah Rasa Syukur Atas Sokongan Ramai

Pelakon hebat, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin ini sememangnya cukup dikenali ramai malah penglibatannya dalam industri seni sejak 2008 itu telah berjaya mengungguli trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 serta Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi watak ‘Fatonah Azali’ di Anugerah Skrin 2018.

Boleh dikatakan, drama, filem atau telefilem yang dibintangi olehnya pasti mendapat pujian ramai.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, Nad Zainal telah mencuri tumpuan netizen apabila kerap berkongsikan beberapa posting di laman Instagram yang mengenakan hijab. Susulan daripada itu, pelakon berusia 32 tahun ini tampil mengulas lanjut mengenai imej berhijab yang digayakan.

Memetik sumber, Nad menjelaskan dia masih lagi dalam fasa belajar untuk menutup aurat dan mengatakan sedang menjalani pengembaraan seperti biasa tetapi ada watak yang memerlukan dirinya untuk ‘free hair’.

Selain itu, pelakon ini juga memohon doa yang baik-baik dari netizen walaupun tidak boleh berkongsikan banyak perkara malah turut memberitahu bakal menjaga hantaran yang akan dimuat naik di akaun media sosial bagi mengurangkan gambar tidak menutup aurat.

“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan saja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja. Masih dalam fasa belajar sebab masih lagi menjalani penggambaran macam biasa. Ada saja watak yang tak berhijab. Lagi pula, masih ada beberapa projek yang sudah ditandatangani terlebih dulu, jadi saya perlu lunaskan…”

“Saya memang tak ada nak berjanji dengan orang ramai pun nak cakap saya berhijab sepenuhnya atau apa. Saya perlukan masa lagi untuk kongsikan perkara ini. Kalau ada nampak begitu (berhijab), begitulah. Tapi saya memang akan menjaga ‘posting’ (hantaran) selepas ini untuk kurangkan gambar ‘free hair’…” katanya.

 

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan watak Kay menerusi siri drama remaja Memberku Hawa ini juga meluahkan rasa gembira atas titipan doa dan kata-kata positif yang diberikan oleh orang ramai kerana menyokong penampilan sopannya.

Namun dia tidak meletakkan sebarang apa-apa janji disebabkan masih lagi dalam proses belajar dan hal lain yang memerlukan dirinya tidak berhijab.

“Saya berasa gembira apabila orang mendoakan perkara baik untuk kita. Tapi saya tak ada nak menjanjikan apa-apa, sebab saya masih fasa belajar lagi. Macam dikatakan tadi, sebab ada saja perkara lain yang masih ‘on going’ saya tak berhijab…”

“Apa boleh dikatakan saya berusaha, saya suka apa saya buat. Namun, saya gembira bila ada orang mendoakan…” ujarnya lagi.